Ada satu tunas yang tumbuh di puncak pucuk sebatang pohon. Tunas itu menerima cahaya matahari dengan sangat banyak. Makanan dan air dibekalkan oleh batang dan akar yang berada dibawah. Apabila hujan atau ribut, sang tunas tidak perlu risau kerana akar dan batang sentiasa akan menyokongnya. Semakin lama sang tunas semakin membesar. warna hijau muda berubah semakin pekat. Daun-daunnya semakin lebar dan besar. Ranting-ranting kecil mula tumbuh darinya. Dirinya semakin membesar saban hari. Dari ranting yang ecil, berubah menjadi dahan.Daunnya juga semakin banyak. Peranannya turut berubah. Jika dulu dia hanya menerima bekalan air dan makanan dari batang dan akar, kini dia juga perlu menyalurkan makanan itu kepada daun-daunnya. Dan dia juga perlu memberikan sokongan kepada ranting-ranting kecil yang berpaut padanya. Kadang kala pula, ada haiwan yang datang bertenggek di atasnya. Sang burung membuat sarang. Sang tupai berkejaran. Sang tunas yang sudah membesar itu merasa penat, letih dan sakit. Satu hari, dia mengeluh sendirian. Lalu, didengari oleh sang batang. Mendengarkan keluhan sang tunas yang sudah dewasa lalu menjadi dahan itu, sang batang berkata, " Bersabarlah wahai sang dahan. Semakin meningkat usia, semakin berat ujian dan tanggungjawab yang perlu dihadapi. Aku juga pernah melalui apa yang kau alami. Dari tunas, menjadi ranting, dahan dan akhirnya menjadi batang. Tapi ingatlah, semakin bertambah tanggungjawab yang perlu dihadapi, semakin meningkat kekuatan yang diberi tuhan kepada kita. Lihat dulu. Kau hanya setunas hijau yang perlu mengharapkan aku dan akar untu terus hidup. Dan kini, kau sudah mampu memberi kehidupan kepada yang lain. Perjalanan hidup ini payah. Berapa banyak dahan yang patah. Namun, jangan memilih untuk patah. Sebaliknya pilihlah untuk terus hidup dan memberi kehidupan."
Ditujukan khas buat diriku yang sedang keras hati tapi rapuh emosi.
only a creation created by the almighty creator
No comments:
Post a Comment