About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Sunday, February 5, 2012

Anehnya cinta lelaki itu...

Sedikit perkongsian sempena Maulidur Rasul. Petikan cerita yang disampaikan oleh Ustaz Rizuan Rahmat (Mudir SM Tahfiz Integrasi Sri Pintar) ketika kuliah subuh program Qiamullail bulanan dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah.

Pada suatu hari, saya pergi ke satu program motivasi tentang rasulullah. Di program itu diceritakan tentang kisah hidup, perasaan dan kecintaan rasullah kepada umatnya dengan cara yang sangat menyentuh hati. Yang menariknya, program itu turut dihadiri seorang lelaki bukan Islam berbangsa cina. Lelaki itu duduk di hadapan saya ketika program itu berlangsung. Ketika pengisian disampaikan, satu dewan menangis. Tidak terkecuali lelaki cina itu. Yang tambah menghairankan, beliau bukan hanya menitiskan air mata, malah, beliau menangis teresak-esak. Saya rasa sangat pelik dan menjadi berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang lelaki itu.


Lalu, setelah program tamat, saya dan beberapa sahabat yang lain pergi mendekati lelaki cina itu. Setelah bersalaman kami pun bertanya serba sedikit tentang dirinya dan sebab kedatangannya ke program itu. Lalu beliau memperkenalkan dirinya sebagai seorang penulis yang telah lama berminat untuk mengkaji tentang diri Muhammad bin Abdullah, kerana pengaruhnya terhadap masyarakat dunia sejak sekian lama.


Lalu, kami bertanya kepada beliau lagi, mengapa beliau menangis ketika mendengar tentang kisah rasulullah itu? Malah beliau menangis teresak-esak, melebihi orang muslim sendiri. Lalu, jawabnya, "Saya jadi hairan dan sangat terharu. Bagaimana seorang manusia boleh begitu mencintai, merindui, mengasihi dan sanggup berkorban apa sahaja untuk orang yang dicintainya, sedangkan dia tidak pernah berjumpa dengan orang itu."

Sahabat sekalian. Sedang seorang bukan Islam sahaja mampu menangis teresak-esak tatkala mendengar tentang pengorbanan rasulullah. Seorang rasul yang sanggup menanggung segala kesakitan sakaratul maut seluruh umatnya agar umatnya tidak merasakan kesakitan itu. Ketika akhir hayatnya, baginda tidak menyebut nama Khadijah, Fatimah, Aisyah mahupun Abu Bakar. Yang diseru dan dikenang dengan penuh kerinduan adalah ummati, ummati, ummati. Tidak dirisaukan keadaan anak dan isteri, harta dan bakti. Yang diresahkan adalah bagaimana nasib ummatnya apabila baginda pergi.

Sahabat sekalian, pernahkah kita menangis kerana nabi? Adakah anak-anak kita mengenali siapakah Muhammad bin Abdullah? Atau taraf nabi di pandangan anak-anak kita sama sahaja dengan selebriti pujaan mereka? Ataukah mereka mengangagap sirah rasulullah itu sama sahaja dengan kisah dongeng yang dibaca di bku dan ditonton di televisyen. Atau mereka sama sekali tidak mengenali siapa Muhammad bin Abdullah? Dan adakah diri kita sendiri, sudah cukup mengenali siapa Muhammad bin Abdullah?


only a creation created by the almighty creator

No comments:

Followers