Bekas-bekas di bawah mohon minta diisi
Sedang yang mengisi juga merayu untuk diisi
Masa menghambat tiada berhenti
Taklifan menghenyak menekan diri
Mata pohon dipejamkan
Tetapi apabila dibuka
Ah! Ruginya! Aku ketinggalan
Sedang masa terus berjalan
Rasa sayu dalam diri
Rasa kosong yang minta diisi
Rasa cemburu yang menghantui
Pada teman yang sedang berlari
Tangan dihulur tapi tak sampai
Hendak menyokong bahuku rapuh
Menguak hidup yang sedang serabai
Lalu di sini aku mengeluh
Syuhada hidup selepas kematian
Khuatirnya aku yang mati dalam kehidupan
only a creation created by the almighty creator
No comments:
Post a Comment