About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Wednesday, November 24, 2010


We only realize how beutiful the moon when the night arrive
We can only see the stars when the sky turns to dark
The rainbow only appears after the rain fall
We will only getting better after taking the awful taste of medicine

Fa inna ma'al 'usriyusra. Inna ma'al 'usriyusra

Berjuang itu pahit, kerana syurga itu manis

Saturday, November 20, 2010

Natijah zina

Salam my brothers and sisters

Hari ini saya tergamam apabila mendengar berita di TV3 sebentar tadi. 2002 janin ditemui di dalam tempat penyimpanan sementara mayat di sebuah kuil. Semalam di kuil yang sama telah pun ditemui lebih 200 janin. 2 orang penjaga kuil ditahan dan beberapa buah klinik di siasat. 2000 lebih bukanlah jumlah yang sedikit. Ianya gambaran betapa hodohnya keadaan masyarakat pada hari ini. Saya rasa tidak mustahil jika saya katakan bahawa dikalangan 2000 lebih janin yang ditemui itu, pasti ada yang ibu bapanya berasal dari Malaysia. Itu yang ditemui oleh pihak berkuasa, bagaimana pula yang dibuang di dalam longkang, tong sampah, sungai dan sebagainya? Malah, ada yang dihidangkan sebagai sup di restoran-restoran eksotik ditengan bandaraya Bangkok. 

Kerana apa semua ini terjadi? Jawapan saya adalah apabila manusia tidak lagi bersifat manusia. Apabila manusia itu bersifat lebih hina dari binatang. Seperti yang kita sedia maklum, pelacuran merupakan penyumbang utama kepada industri pelancongan di Thailand. Bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatr pernah berkata bahawa para pelacur di Thailand telah menyelamatkan negara gajah putih itu dari jatuh muflis ketika krisis ekonomi tahun 1998. Tetapi inilah harga yang perlu dibayar oleh Thailand. 

Negara kita juga tidak terkecuali dari kebejataj akhlak dan masalah sosial ini. Hampir setiap hari kita mendengar ada sahaja orang menjumpai bayi, baik yang masih hidup atau yang sudah mati dan janin yang digugurkan dibuang di tong sampah, longkang, dan ada yang sedikit berhati perut, meninggalkannya dihadapan rumah atau disurau.

Satu pertanyaan kepada saudaraku sekalian dan diri saya. Apa yang pernah kita lakukan dalam menghadapi isu ini? Para artis sibuk merakamkan lagu yang kononnya ingin menunjukkan simpati mereka. Pada saya usaha itu tidak ubah seperti memberi steroid kepada seorang penagih dadah. TIDAK MEMBANTU LANGSUNG!!!! SAMA SEKALI TIDAK!!! Saban tahun, ketika mereka sibuk terkinja-kinja di atas pentas pada malam tahun baru, ribuan remaja di bawah pentas hanyut dengan pasangan masing-masing. Beberapa tahun dahulu, ribuan kondom ditemui oleh pekerja Dewan Bandaraya Ipoh selepas konsert Jom Heboh (Jom Roboh sebenarnya). Jadi fikirlah sendiri siapa punca sebenar kepada masalah ini.

Marilah kita sama-sama fikirkan apa yang mampu kita lakukan untuk menyelamatkan saudara-saudara kita di luar sana. Mereka mungkin adik-beradik kita, saudara mara kita, atau mungkin tiada kene mengena dengan kita. Tetapi mereka boleh menyalahkan kita di hadapan Allah sekiranya kita tidak pernah berbuat sesuatu untuk menyelamatkan mereka

Tuesday, November 16, 2010

Silk of Jihad

4 years ago
When all this journey starts
When my first step reach the land of Indera Kayangan
Which than change to Darul Sunnah
I know something awaits for me
And my life is not going to be the same
As I have begin a journey life
A battle to succed
All that I didnt' realise is that
I will find you

12 hearts were tied
In a holly spirit of ukhwah
With a diffferent background and past
but with the same vision
To find his bless
We unite as sisters
Sharing the love without questioning
What will we get from this relation
The love we share
Sometimes difficult to be understand
By others who never be in this love

I miss you guys
with all my heart
Even now we were apart by space and time
All I know is
Our heart will never be apart
As long as we share the love from Allah and Rasulullah
And my dream is
For us to gather again
To share laugh and tears
Even I'm far from you
But for us to stay in the same path of Sabilillah
Is my biggest hope
If it was destined that
We cannot meet again in this world
To meet in Jannah is all I'm praying

Thank you for being my sisters

My dearest sisters of Harirul Jihadah
(The Silk of Jihad)



Monday, November 15, 2010

Zulhijjah: Lambang suatu pengorbanan

Salam dear Ikhwan and akhwat

Ramai orang berkata, kehidupan adalah suatu kitaran. Dan dalam kitaran hidup ini kita sekali lagi dipertemukan dengan Zulhijjah,bulan yang sinonim dengan pengorbanan. Pengorbanan Nabi Allah Ibrahim ketika berpisah dengan anak dan isteri tercinta dan ketika diperintah Allah untuk menyembelih anaknya. Juga pengorbanan Siti Hajar dalam merelakan dirinya ditinggal sang suami tercinta bersama anaknya yang masih merah di tanah yang gersang dan asing. Dan pengorbanan Nabi Ismail untuk dikorbankan oleh ayahnya sendiri demi mlaksanakan perintah Allah. Kisah ini sudah sering kita dengar setiap tahun. Selain itu Zulhijjah juga snonim dengan hari raya Aidiladha dan ibadah korban serta ibadah haji. Kesimpulannya , Zulhijjah sangat sinonim dengan pengorbanan. Persoalannya, dalam kita mendengar dan menghayati kisah-kisah tersebut, pernahkah kita terfikir tentang pengorbanan yan pernah kita lakukan dalam hidup? Apakah pengorbanan yang pernah kita lakukan sepanjang kehidupan kita? Terutamanya terhadap agama Islam yang kita anuti ini?

Berapa banyakkah wang ringgit yang telah kita laburkan di tabung-tabung amal? Berapa banyakkah mas yang telah kita habiskan di program-program Islam? Berapa banyakkah tenaga yang telah kita curahkan untuk membantu dakwah dijalan Allah? Dan berapa banyak buah fikiran yang telah kita curahkan untuk membangunkan ummah? Saya tujukan soalan ini kepada kalian dan diri saya sendiri. Tidak pernahkah kita merasa cemburu terhadap golongan yang dijanjikan Allah untuk menghuni syurga kerana pengorbanan mereka terhadap Islam? Sampai bila kita hanya ingin "BERSEDERHANA" dalam mengamalkan Islam tanpa ada rasa untuk menjadi golongan yang disebut dalam ayat dibawah ini?

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai- Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (TQS. al-Mâidah [5]: 54)


Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang sering leka dan alpa dalam menghayati peranan sebagai Hamba di muka bumi ini.

Ingatlah saudaraku sekalian, Islam tidak memerlukan kita, tetapi kita yang memerlukan Islam. Perjuangan Islam akan terus berjalan tanpa kita, tetapi apalah makna kehidupan tanpa perjuangan. Harta yang melimpah ruah belum tentu mampu menyelamatkan kita dari neraka Allah tetapi setitis peluh yang menitis di jalan perjuangan insyaallah akan menjadi saksi di hadapan Allah.

Wallahualam
Salam Aidiladha = )

Saturday, November 13, 2010

MENULIS

Salam alaik

Pagi yang sangat hening. Baru sahaja selesai mengkhatamkan koleksi novel terbaru saya. Tidak rugi rasanya menatap novel karangan Imaen, Sigaraning. Ingin tahu kisahnya? Mungkin boleh saya kongsi dalam post yang lain. 
Yang ingin saya kongsi hari ini adalah pendapat, perspektif dan angan-angan saya tentang dunia penulisan. Mengapa? Entahlah. Anggaplah Dia ingin memberi tahu anda sesuatu melalui "tarian" jari-jemari saya di atas keyboard ini. Saya mula menulis sejak saya mula belajar memegang pensel =). Karangan pertama saya terhasil ketika saya berada dalam darjah dua. Ketika guru bahasa Melayu merangkap guru kelas saya, Puan Zakiah menyuruh kami untuk membuat satu karangan, tapi tidak saya ingat lagi akan tajuknya. Karangan kebanggaan saya kerana dijadikan contoh di dalam kelas. Cuma satu sahaja komennya ketika itu, "Kenapa tiada perenggan? Karangan sepatutnya perlu ada perenggan. Isi dan bahasanya bagus (untuk standard pelajar darjah dua) tetapi satu muka surat penuh tanpa perenggan," dalam senyum dia memberi panduan sambil menunjukkan karangan saya itu di hadapan kelas. Dan itulah karangan terpanjang di dalam kelas pada ketika itu. Dan ianya juga merupakan pencetus semangat kepada saya untuk meminati bidang penulisan. Bila mula menulis, saya mula sedar bahawa saya memerlukan bahan untuk ditulis. Maka secara tidak langsung saya minat pula untuk membaca. Sehingga membaca menjadi hobi yang sangat sinonim dengan saya disamping menonton televisyen. Hinggakan saya menjawab, "I sleep with books" untuk menggambarkan kegilaan saya terhadap huruf dan bahasa. 

Kemuncak minat saya dala bidang penulisan adalah ketika saya di sekolah menengah. Puisi, cerpen malah syair turut saya lakarkan tanpa mengira masa dan tempat. Malah di atas brochure pun sempat saya conteng  sekiranya ada pen di tangan.Tapi sayangnya kebanyakan darinya hilang begitu sahaja di telan masa kerana saya tidak merasa penting untuk menyimpannya. Penulisan hanya satu hobi untuk meluahkan rasa dan respon saya pada alam sekeliling. Bukan untuk dikongsi dengan sesiapa. 

Apabila memasuki alam diploma, atas kekangan masa dan kejutan budaya yang agak kronik, menyebabkan saya terpaksa meminggirkan hobi ini. Kalam saya seolah-o;ah tumpul dan hanya sekali-sekala diasah untuk teks-teks ucapan rasmi sahaja. 

Namun kini, saya sedar. Ada sebab mengapa saya dikurniakan dengan anugerah ini. Jika sebelum ini saya merasakan bahawa menulis hanya sekadar satu hobi, tempat luahan rasa dalam mengekspresi kehidupan dan menginterpretasi suasana, kini, saya sedar bahawa menulis adalah satu tanggungjawab. Saya punya kelebihan dan tanggungjawab saya untuk menggunakan kelebihan ini ke jalan yang benar. Berdakwah melalui penulisan. Menyampaikan kebenaran kepada sesiapa yang mencarinya. Saya sedar, ketika entry ini ditulis, mungkin hampir tiada siapa yang membacanya kecuali saya. Tapi saya tidak kisah semua itu. Kerana pada saya mungkin satu hari nanti Allah akan membukakan hati seseorang yang mencari kebenaran dengan menemukannya dengan blog ini. Dan jika dengan blog ini menjadi asbab kepada terbuka pintu hidayah untuk seseorang, maka itu satu anugearah yang sangat berharga buat saya. Lebih berharga dari dunia dan seluruh isinya. 

Saya tidak punya wang ringgit berkoyan-koyan untuk diinfakkan ke jalanNya. Saya juga tidak ada kudrat untuk memikul senjata membela agamaNya. Setakat ini yang saya mampu hanya menyampaikan sebatas ilmu yang dipinjamkanNya kepada saya melalui lisan mahupun tulisan, selagi Dia mengizinkannya. 

Friday, November 12, 2010

Sapok Biki

Salam to all

4.00 a.m
Cuma sekadar mahu berkongsi sesuatu berkenaan lagenda tinju negara ini. Semasa bersarapan pagi tadi (or should I say pagi semalam?) saya tertarik menonton rancangan Chit Chat Azwan di Astro (rancangan ulangan entah berapa tahun lepas). Selebriti yang di terjah adalah Sapok Biki dan di hosksn oleh Amy Mastura. Apa yang saya ingin kongsikan adalah mengenai strategi beliau dalam meraih gelaran jaguh tinju ketika itu.

"ketika nak tumbuk kita perlu bertenang. Tumukan perlu bertenaga tetapi tenang. Jangan cepat marah walaupun kita teruk kene belasah. Saya pernah diusung dengan stretcher sepanjang menjadi peninju. Tetapi begitulah, perlu BERTENANG".

Di gelanggang tinju sahaja kita perlu bertenang. Inikan pula dalam realiti kehidupan. Memandagkan bateri dah nyawa-nyawa ikan, akhir kata, Lu pikirlah sendiri  =)

Thursday, November 11, 2010

REHAT

Me: akak, rindu la.....
kak Di: rindu akak ke? *sambil kelip-kelip mata*
Me: semua...rindu akak, rindu nak serabut serabai fikir pasal kerja, rindu nak pergi program, semua....
too comfortable right now. too relax. tak boleh go on macam ni.....

Salam to my dearest ikhwah and akhwat.
Agak lama Sutera Jihad sunyi dari post yang baru. Atas kekangan-kekangan yang tidak terduga dan beberapa faktor teknikal, maka Sutera Jihad terpaksa menyepi buat seketika. Tetapi Alhamdulillah otak penulisnya belum lagi sepi dari terus memikirkan sesuatu yang dapat dilakar di atas Sutera ini. Sebetulnya saya sedang dalam kerinduan. Kerinduan untuk 'menggoreng' (kepakaran yang ditauliahkan oleh rakan-rakan bila tiba waktu presentation), rindu untuk melakar sesuatu di atas Sutera ini, rindu untuk bersama dengan sahabat-sahabat yang sedang rancak berpencak di gelanggang ilmu, tekun menadah hikmah di taman-taman syurga.

Sebetulnya saya sangat risau dengan keadaan hidup saya sekarang. Apa yang akan saya lakukan selepas tempoh cuti saya tamat? Adakah saya akan masih lagi bergelar pelajar atau saya akan terjun ke dalam masyarakat tanpa persedian yang mencukupi? Adakah Sutera Jihad akan masih berkibar untuk memberi manfaat kepada masyarakat? Atau saya akan bertukar menjadi ahli masyarakat yang tipikal yang mana tidak menghiraukan apa yang berlaku di sekeliling dan hanya peduli bagaimana untuk hidup esok? Jika ini berlaku, saya kira saya sudah mati dalam kehidupan ini....

Kembar saya pernah bertanya, untuk apa saya risaukan semua ini? Tidak bolehkah saya hidup seperti orang lain? Seperti dirinya? Seperti yang saya katakan tadi, itu bermakna saya sudah mati dalam kehidupan. Mengapa? Kerana.....pada saya tidak ada kehidupan tanpa perjuangan. bukankah manusia itu dijadikan sebagai Khalifah untuk mentadbir bumi? Dan matlamat akhir kehidupan adalah untuk mencapai Mardhatilah. Ini adalh usaha kecil saya untuk mencapai Mardhatilah. Kalau dengan kerisauan dan kebimbangan ini mampu menyelamatkan diri saya dari neraka Allah, dan sekiranya amalan dan usaha saya yang kecil saya ini mampu membantu saya di hadapan Mizan Allah di Mahsyar nanti, maka saya tidak rasa rugi untuk melabur.

"Wahai orang yang beriman, mahukah kamu Kami tunjukkan satu perniagaan yang mampu menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? Iaitu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa kamu......"

Jika Allah telah membentangkan janjiNya, mengapa saya perlu khuatir? Yang sedang saya khuatirkan sekarang adalah sekiranya satu hari nanti saya hilang keyakinan pada janji Allah ini? sekiranya saya terlarut dalam kesenangan dunia yang sementara ini? Sekiranya malas dan takut menyelubungi saya? Itu yang saya khuatirkan.

Istiqomah. Senang dilidah, sedap ditelinga tetapi berat di hati, sukar untuk dilaksana......

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
Tetapkan hatiku pada agamaMu dan ketaatan kepadaMu,
dan di dalam jihad di jalan Mu,
Permudahkan segala urusanku,
dan tunjukkan aku jalan redhaMu.

Followers