About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Friday, September 27, 2013

Mimpi

nak cerita sikit tentang gambar header blog ni. gambar itu saya ambil secara random semasa ke Timah Tasoh. Ada banyak lagi gambar lain yang saya ambil, tetapi, ini yang paling saya suka. Dan anda ingin tahu apa yang paling saya suka tentang gambar itu? Semuanya kerana AWAN.

Ketika itu, cuaca panas terik, tetapi berangin. Fenomena yang biasa di Perlis. Hari yang baik. Sebaik melangkah di kawasan tersebut, saya terus terpesona dengan gumpalan awan yang cantik itu. Hari yang cerah, dengan gumpalan awan, yang kelihatan seperti kapas yang terapung. Gumpalan awan itu seolah memayungi bukit bukau di bawahnya. Disebalik awan itu, seolah-olah ada cahaya yang menyinar. Subhanallah... Sinaran itu, seperti impian yang akan menjadi kenyataan. Seperti suatu kegemilangan yang bakal menerjah. Membuatkan orang-orang jadi takjub dan terkagum-kagum.

Awan, pada saya adalah tamsilan impian. Kata pujangga, yang selalu saya dendangkan ke telinga anak-anak dahulu, "gantunglah cita-cita mu setinggi langit, jika ia terjatuh, mungkin tersangkut pada awan". Begitu indahnya awan pada saya.

Ironinya, saya sukar melihat awan yang cantik sekarang. Sehingga membuatkan saya terlupa untuk bermimpi.Tidak. Bukan lupa. Tapi takut untuk bermimpi. Mungkin kerana mimpi-mimpi saya sebelum ini setinggi awan, menyebabkan sakit ketika terjatuh itu melumpuhkan. Saya trauma. Ramai yang menghulur tangan. Tetapi, haluan mereka tidak sama dengan impian saya. Saya cuba turuti, dengan harapan, setelah sembuh nanti, saya mampu terbang ke awan impian saya. Ternyata, ianya semakin menyakitkan. Diheret, diseret ke sana sini. Dan hati saya semakin hancur melihat awan yang semakin jauh. Dan akhirnya, saya memilih untuk tidak lagi bermimpi. Terus hidup dalam realiti, diheret dan diseret ke sana sini. Calar balar di hati hanya diketap dibibir. Bila saya mengadu, sakit yang dirasa, ditusuk pula dengan kata, "mengapa diikut sahaja? Kita hanya mencadang sahaja. Sekarang, tanggunglah sakitnya."

Tidak tahu saya, bagaimana ingin diakhir kalam ini. Awan, masihkah dapat digapai? Atau saya akan terus diheret dan diseret, dan hanya mampu memandang, sang awan sirna menjadi titis hiba. Akhirnya lenyap diserap bumi.


only a creation created by the almighty creator

Wednesday, September 25, 2013

fakta

1) saya tak pandai ambil hati orang, jaga hati orang. dan saya sangat ingin belajar tentang itu.

2) kadang kala saya diam, bukan sebab saya sombong, tapi sebab saya tak tau nak cakap apa. Nabi kata you better silent if you can't say any good.

3) saya seorang yang sensitif. pelik sebab hati saya boleh jadi sekecil biji sawi hanya kerana bila ada kawan yang mention orang lain sebagai the greatest, the sweetest, and what ever the yang lain. tapi saya selalu ingat fakta pertama, jadi saya akan cepat-cepat sedar diri dan buat je macam takde pape...

4) bila saya kata abaikan je. tu bermakna off topic,  I rest my case. Membukanya semula hanya akan membuatkan saya bisu seribu bahasa. (tahap protest / marah level pertama)

5) jika saya pernah marah pada seseorang ssehingga mengeluarkan air mata (sebab saya bukan superman yang mata dia boleh keluar laser) berkemungkinan besar orang itu akan tersenarai sebagai orang yang tidak akan saya pedulikan akan halnya. (ok, saya fail bab hablumminannas)

6) saya baru tersedar yang sahabat itu tetap seorang manusia. yang memang tak mustahil akan ade mazmumah (cth: riak, takbur, dengki etc). Jadi saya cuba untuk tidak menganggap mereka sebagai wali Allah yang maksum dan bersih dari dosa. by doing that, saya boleh hidup dengan lebih rasional.

that's all kot untuk malam ni. kecil hati. rujuk fakta pertama. boleh maafkan saya tak?? (nantisayabelanjacoolblog)

p/s: saya rasa saya ada buat orang marah, atau
only a creation created by the almighty creator

Thursday, September 12, 2013

new routine

Rutin hidup memang dah berubah 360 darjah. Still, adaptation ain't easy. Seriously. Klw dulu, bnde petak hitam ne lagi penting dari dompet atau ic, but then, la ne dah kurg sket kot. Tp klw xde bnde alah ne, mmg meroyan la kot. Even kdg2 merampus jgk la dgn notification whatsapp yg memekak, tp kre ok la kot.

At least xde la rse mcm katak bwh tempurung sgt.

Lately mcm tak sihat sgt. X tau la kenapa. Floating semacam je. Kurang darah kot. Tak tau la. Ingat duduk rumah sendiri boleh la sihat walafiat. Tp mcm sama je..

Semoga esok lebih baik.

Just wondering, apa nak jadi dengan blog ne??

only a creation created by the almighty creator

Thursday, August 1, 2013

Alunan Taman Syurga...

Sedikit-sedikit barang-barang sudah mula dikemas. Sabtu ini insyaallah akan mula fasa pertama memindahkan barang-barang. Tadi, saya pulang awal dari sekolah. Sengaja. Kepenatan sebenarnya. Setengah hari berkursus di PPD Sek 19, bersambung pula dengan tugasan di sekolah, saya lelah. Pulang awal, sambil berehat, terpandang barang-barang yang telah pun dikemas sedikit itu. Sambil sayup-sayup telinga menangkap alunan merdu yang berkumandang dari corong pembesar suara Riadhus Solihin.

Tiba-tiba hati saya terdetik. Antara banyak-banyak perkara yang bakal saya tinggalkan di sini, alunan-alunan itulah antara perkara yang bakal saya rindukan. Sangat-sangat. Indahnya Shah Alam ini, atau Selangor amnya, buminya subur dengan taman syurga yang segar. Dari alunan bacaan sang tahfiz berjubah dan berserban putih. Dengan taranum dan makhraj yang indah, berserta dengan penghayatan yang meruntun hati. Hinggalah teduhan sayap malaikat di taman-taman syurganya setiap hari. Pernah saya hikayatkan pada mama, untuk menggambarkan betapa indahnya taman syurga di sini, saya katakan bahawa," Biasa orang tanya malam ni nak tengok drama atau movie ape? Tapi kami di sana duk tanya malam ni nak kuliah di mana? Pilih je nak kuliah apa. Seksyen berapa. Surau ni hadis, surau tu feqah. Masjid ni pula tafsir. Seksyen ni imam Madinah. Yang tu Syeikh dari Gaza. Antara nak dengan tidak je..."

Saya pastikan akan merindukan suasana ini. "Eh, dekat Perak tu takde ke benda-benda gini?" Sedihnya untuk menjawab. Tapi itulah realitinya. Atau mungkin juga saya yang tidak ketemu. Kerana jika ada pun agak jauh sedikit dari rumah saya.

Berfikir dan terus berfikir, perancangan untuk survival iman dan istiqomah dengan jamaah. Moga Allah kuatkan saya untuk berusaha mencari. Atau lebih baik mungkin pencetus kepada perubahan. Do Not Let the Environment to effect you, but you should effect the environment.


only a creation created by the almighty creator

Friday, July 26, 2013

Another day passing by...

Bertambah lagi umur pada hari ini. Hari yang bagai terbang di awangan. Saya masih tidak cekap memandu. Tetapi, seharian ini membesar di dalam kereta. Paginya sesat di Mencari SMK Setia Alam. Petangnya pula semasa pulang terlajak ke Pelabuhan Klang. Jaaauuuhnya.... nak pusing balik. Dengan minyak takat border line....huhuhu... Nasib baik ada pembantu yang penyabar, Si Fakhitah yang sudi meneman. Dan dua orang anak saya yang senyap sahaja di belakang. Tengah hari yang terik, berjerebu.

Kronologi hari ini:

7.00 pagi keluar dari Raudhatul Solehah. Sepanjang jalan dari RS ke sekolah gear amat susah nak ditukar. Akhirnya sampai di sekolah kereta lain terpaksa di cari. Alhamdulillah dengan bantuan sahabat masalah berjaya di selesaikan. 7.30 ambil kereta di Padang Jawa, kembali semula ke sekolah dan meneruskan perjalanan ke Setia Alam. Berkonvoi dengan sebuah van yang dipandu sahabat. Kesesatan hampir sejam lebih. Sampai dalam pukul 9.00.

Program habis tepat jam 1.00 petang. Kononnya ingin sampai segera ke sekolah kerana perlu bergegas ke PPD. Tetapi entah bagaimana termelencong ke Pelabuhan Klang. Hampir 2.30 petang baru menjejak ke sekolah. Solat zohor dan mempersiapkan dokumen yang diperlukan (tapi tak mencukupi rupanya jadi perlu kembali pada hari Isnin). Dan terus ke PPD di Seksyen 19. Pulang ke rumah kira-kira jam 4.00 petang dan bergegas semula ke sekolah pada jam 6.00 petang.

Kala ini, masih lagi di meja kerja, mencoret entry ini selepas berusaha menyiapkan kerja-kerja yang tidak habis-habis ini. Ditemani rakan karib merangkap mad'u yang paling saya sayang, Sarah, ex-roommate semasa diploma.

Esok giliran saya pula menemaninya ke Pusat Bandar KL, dari pagi dan akan berbuka di sana.

Saya tidak mengharap apa-apa respon utnuk entry ini. Kerana tujuannya sekadar meluah rasa. Dan mungkin sedikit penjelasan sekiranya ada yang tersa dirinya diabaikan.

Sakit kepala sepanjang hari, berserta dengan muntah-muntah, maafkan saya jika saya tidak perasaan kehadiran anda.

Salam Ramadhan....

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, July 24, 2013

Bersabar untuk Bersabar

Menghitung hari-hari terakhir berkhidmat di Bumi Shah Alam. Hari yang terasa amat lambat berlalu. Macam merangkak-rangkak. Berat nak menunggu jam 5 petang dengan beban yang tak putus-putus. Tetapi terasa cepat sangat berlalunya masa dari maghrib ke subuh. Rasa bagai satu penyeksaan untuk menghabiskan 9 jam yang bagai lemas tanpa udara.

Tekanan. Tak tau nak kata macam mana. Yakin diri. Menjunam ke teras Bumi. Lemas, lemas dan lemas. Sabar. Allahurabbi.... Entahlah.

Sayang pada Shah Alam itu masih ada. Tetapi pedihnya terlalu menyakitkan. Sampai jika boleh, tidak mahu lagi menetap di sini. Tetapi, setiap aturan Allah itu ada hikmahnya. Mungkin sekarang, dek kerana jerebu yang kembali melanda, maka tempat ini menjadi seksa. Tetapi siapa tau, setahun dua lagi, ia akan menjadi taman syurga yang selesa.

13 hari yang lagi lemas....

only a creation created by the almighty creator

Thursday, July 4, 2013

Ulu Yam... Excited!

Esok Sri Pintar ada camping. Dah lama tak jadi pengarah dan dah lama tak pergi camping. Huhu... Best combination ey? Tapi sebab camping is something that I love so much, so no probelm. Lepas gian 3 tahun kot. Though camping ne bergelut dengan segala pentaksiran dan pendaftaran PMR bagai, tapi sebab buat benda yang saya suka kot, so boleh bertahan dengan "bahagianya" la. (This camping, pentaksiran BI and Science dan segala mak nenek PMR ni is in the same week *_*).

Sekarang ne pun masih di sekolah. Rasa takut nak balik sebab takut ade benda yang tak settle lagi untuk esok. This will be my last programme with Sri Pintar, and was assigned as the organizer. Actually, I have suggested this programme since my first year. So, I'm a bit nervous about it.

Just to review back my history, can say that camping is the biggest reason why I can stay for 3 semester with Bio-composite tech. But, unfortunately, it was also the biggest reason for me to leave the course. Funny is it?

So, harapnye program ni berjalan dengan lancar dan yang paling penting, manfaat dari program ne berkekalanlah kesannya kepada anak-anak tu nanti.

Just to mention, Kak Bulan (K. Mun) dah pun selamat melahirkan puteranya sulungnya. Unfortunately, the baby was admitted to NICU for some problem. Harapnya he will be fine. Tak sabar nak jumpa anak sedara yang sorang ni.

Ok. Gotta go now. Nak beli barang-barang keperluan untuk camping esok. Jangan lupa untuk terus berdoa untuk saudara-saudara kita di Mesir, Syria dan Palestine.

Siiru aala barakatillah...

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, July 2, 2013

Kinanah, Syam, Al-Quds

Kata Tok Guru
Jatuhnya Khilafah terakhir
Kerana tiupan assabiah
Yang menerpa bumi arab
Tatkala kemuliaan bangsa diangkat melebihi agama
Yahudi dan Nasara bersorak gembira

Pecah perintah itu dasar mereka
Lalu,
British, Rusia, Itali dan China
Sepakat mereka membahagi rata
Tanah-tanah kita dijajah di ratah
Barua diangkat sebagai pemerintah
Namun hanya boneka rakus harta
Membangga diri seperti raja

Kita hairan
Mengapa saudara di sekitar Al-Quds
Di tepi Bumi Syams
Bersebelah kota Dimasyq
Bagai tidur terpejam mata
Bagai bisu tiada deria
Melihat darah saudara yang mengalir
Mendengar jerit tangis anak kecil

Mereka dibisu oleh harta
Mereka buta dengan silau takhta
Mereka itu tidak lain hanya
Anak asuhan Yahudi Nasara Amerika

Konon pejuang nasionalisme
Hakikatnya hanya mainan barat dan kroninya
Tidak peduli apa mereka rasa
Asal perutnya kenyang hidupnya selesa

Tidak jauh dari kita
Bukan hanya di tanah arab sana
Dekat dengan kita juga sama
Pedulikan sahaja Mesir, Syria dan Palestina
Yang penting kita aman sentosa

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, June 5, 2013

No Longer Needed

Saya rindukan dia. sangat-sangat. Dan rindu itu yang menggerakkan jemari saya malam ini. Pernah berkongsi tawa dan air mata. Mengetahui dirinya akan ber pindah ingin rasanya bersua muka. Tapi, panggilan tidak diangkat. Pesanan tidak dibalas. Sedih sangat. Tetapi secebis iman dihati cuba memujuk. Bila kita diabaikan, mungkin pernah kita mengabaikan. Macam lagu Melly Goeslow tu. Hehehe...

Tak mengapalah. Jika saya tidak lagi diperlukan, semoga bahagia hingga ke syurga. Terima kasih atas kenangan.

only a creation created by the almighty creator

Friday, May 31, 2013

Suatu Yang Pasti....

Perkhabaran yang mengejutkan, jua menginsafkan dua hari lalu. Sungguh ianya suatu yang amat pasti. Tidak mengenal usia, tempat dan masa. Walau dilindungi dinding berlapis-lapis. Ia tetap akan datang. Sungguh ia suatu yang pasti.

Dan pastinya telah tertulis, sahabat saya, Akh Hafizuddin Mohd Hanafiah, pergi menghadapNya. Petang 29 Mei 2013, rohnya dijemput bertemu Pencipta. Kemalangan motorsikal menjadi asbabnya. Sungguh, Izrail itu tidak mengira usia, sentiasa tepat dengan temujanjinya.

Pernah berkerja bersama, mencari rezeki ketika cuti semester. Siang berkerja, disambung pula pada malamnya. Keperluan keluarga keutamaan baginya. Jihad fisabillah bukan pula nombor dua. Tak pernah lelah menyebar dakwah. Sedang khabar perginya itu jua satu tazkirah. Di celah-celah berita gembira kelahiran dan walimah.

Ku hitung satu persatu. Sahabat sahabiah yang telah pergi dahulu. Kak Anis Amirah, Kak Saadah dan Akh Hafizuddin Mohd Hanafiah. Perginya mereka dalam redha tuhan. Gugur mereka di jalan Dakwah. Hanya doa yang mampu mengiringi. Perjalanan mereka yang terakhir ini.

Sungguh khabar kematian itu satu tazkirah. Buat diri yang sering tersalah. Berimpian syahid di jalan Allah. Sedang amalku sedikit, dosaku melimpah....

only a creation created by the almighty creator

Thursday, May 23, 2013

Raudhah al-Muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin

Terimalah maafku agar tumbuh cinta abadi,
usah berkata di hadapanku saat aku emosi,
aku lihat ada cinta dan sikap yang menyakitkan di dalam hati,
jika keduanya berpadu secepat itu pula cinta kan pergi.

Jika cinta itu kerana tujuan tertentu pada diri orang yang dicintai, maka cinta itu juga akan cepat sirna jika tujuan dibalik cinta itu  sirna.......
~Ibnu Qayyim Al-Jauziah~

only a creation created by the almighty creator

hero Malaya

Alhamdulillah arrived home safely. Though kind have a bad feeling earlier but nothing happen alhamdulillah. Its been such a busy day for the whole week. Stressful. But its like crossing such a big deep river. With the heavy flowing water.and maybe dangerous but once you pass through it will be such a relief.

Just to mention, my bike broke down last two days. It stop suddenly near seksyen 18 round bout and k. Hasl need to push it back home. Luckily yesterday, two malayan hero came to the rescue. My junior Taqiyuddin with his friend lutfi took the bike to the nearest workshop. Seriously I'm not really confident to go to unfamiliar mechanic alone. Thanks to them that everything went smoothly.

I guess that's all for tonight. It hard to blog using phone but I feel like want to write something tonight.

Lastly, selamat malam dunia ;-)
only a creation created by the almighty creator

Monday, May 20, 2013

maaf

Sejuta maaf dipohon, untuk air muka yg mencuka. Untuk bahasa yg dingin. Utk rajuk yg tak kena gaya. Apabila segala Brenda di luar kawalan, rasional kalah dgn perasaan. Maka banyak tindakan tersasar dr landasan.

Kepenatan. Masa untuk menunaikan hak kpd tubuh badan.

Selamat malam dunia. Moga esok masih mampu terjaga.

only a creation created by the almighty creator

Friday, May 17, 2013

Anggap je..

Pergi la main jauh-jauh. Aku tak nak kawan dengan kau la. Tengok anggap tak nampak, jumpa anggap tak kenal tak boleh ke? Rimas tau tak. Orang tak nak tu dah la. Pergi la main jauh-jauh.

RIMASSSSS.....

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, May 1, 2013

sebaik-baik permintaan

Berjuang Di medan jihad adalah satu anugerah yg amat besar nilainya dari Allah. Dan untuk diberikan kekuatan dalam berjuang itu juga satu anugerah yg tiada taranya. Dan utk istiqamah Di medan juang itu juga adalah satu perjuangan yg menuntut pengorbanan. Kesemua Di atas adalah perkara yg perlu kita pohonkan di setiap tadahan doa.

"sebaik2 permintaan yg seharusnya nada mohon dari Allah ialah kemampuan melaksanakan apa2 yg Allah operintahkan kpd anda - Ibnu Athailah (Al-Hikam)
only a creation created by the almighty creator

Friday, April 26, 2013

Entri lama...

Almari pakaian dibuka, lalu setiap pakaian yang tergantung dibelek satu persatu-satu. Yang paling sederhana dipilih. Tidak ketat, tidak terlalu terang, dan tidak jarang.

Kemudian, dipilih pula tudung yang bersesuaian. Labuhnya melepasi dada, menutupi bahu hingga ke siku. Dan tentunya tidak jarang. Digosok kemas dan rapi. Sesungguhnya, Allah itu indah, dan suka kepada keindahan.

Kemudian, wajahnya dibelek dihadapan cermin. Tiada foundation, mascara, lipstick mahupun blusher. Yang ada hanya sedikit pelembap bibir, bedak bayi dan celak tipis sekadar mengikut sunnah.  No smockey eyes, or 'burung jampuk' eyes.

Dirapikan pakaianya. Secebis kain kecil dikenakan, menutupi wajahnya dari debu dan noda fitnah. Dicapai sarung tangan dan kaki. Dikenakan satu persatu, bermula di sebelah kanan.

Akhir sekali, last touch up, merupakan yang paling penting. Ditanya kepada dirinya, "Adakah Allah redha dengan pakaianku ini? Mampukah pakaianku ini melindungi diriku? Bukan hanya dari kepanasan dunia, tetapi juga dari kepanasan mahsyar dan neraka?" Jika yakin jawapannya "Ya", maka kaki diatur meneruskan langkah. Jika "Tidak", maka akan dibelek satu persatu. Jika perlu, diulangi dari langkah pertama.

Tatkala kaki melangkah keluar, maka ditundukkan pandangannya. Memandang hanya yang perlu sahaja. Tidak dibiar melilau matanya. Memandang apa yang mengundang dosa. Kaki deras mengatur langkah, hati deras meratib zikir. Memohon dilindung dari anasir.

Kadang kala, walau terasa segalanya sudah dijaga, dari auratnya, hatinya, tingkahlakunnya, masih ada yang bersiul nakal. Masih ada yang mengirim salam, menjeling tajam. Tika itu, hanya Allah tempat bergantung. Kekurangan diri kembali direnung. Mungkin ada amal yang lompong. Ada niat yang terpesong. Allah sedang menduga iman. Ditata hati yang sedikit terusik, "Allahu, lindungi aku dari fitnah duniawi. Jangan palingkan hatiku kepada apa yang Engkau murkai."

Redha ilahi itu dambaan hati. Cita-citanya melangit tinggi. Menjadi bidadari menghias firdausi.


P/s
Ini entri lama, yang sekian lama terperuk di draft box. Ada perkongsian pengalaman, luahan hati dan harapan. Moga bermanfaat untuk bunga-bunga Islam yang kembang mekar. Harumnya mempersona. Namun durinya tetap terpacak, melindung maruah diri dan agama.

only a creation created by the almighty creator

Monday, April 22, 2013

Monday...

Back pain, dizziness and flue on such a busy, tired Monday....
Need some motivation to pursue..

only a creation created by the almighty creator

Friday, April 19, 2013

Titis

Titis air mata itu
Ibarat hujan yang menyiram Bumi
Menyuburkan tanah yang tandus
Menjadi hidup benih yang mati

Titis air mata itu tanda hidupnya hati
Dalam suatu jasad yang lemah serba serbi
Titis itu membeza antara hidup dan mati
kerana jasad yang mati
Mana mungkin menangis lagi

only a creation created by the almighty creator

Read and Heed

Sebatang pokok, walau tegap berbatang kayu
kadang tetap perlu ditongkat
Sekeping besi, walau kuat dan tegar
Jika diketuk pasti kan lekuk

Rasa lemah itu perlu
Untuk membangkit rasa harap dan perlu
Untuk mengangkat menadah pada yang Satu

only a creation created by the almighty creator

Followers