Sedikit-sedikit barang-barang sudah mula dikemas. Sabtu ini insyaallah akan mula fasa pertama memindahkan barang-barang. Tadi, saya pulang awal dari sekolah. Sengaja. Kepenatan sebenarnya. Setengah hari berkursus di PPD Sek 19, bersambung pula dengan tugasan di sekolah, saya lelah. Pulang awal, sambil berehat, terpandang barang-barang yang telah pun dikemas sedikit itu. Sambil sayup-sayup telinga menangkap alunan merdu yang berkumandang dari corong pembesar suara Riadhus Solihin.
Tiba-tiba hati saya terdetik. Antara banyak-banyak perkara yang bakal saya tinggalkan di sini, alunan-alunan itulah antara perkara yang bakal saya rindukan. Sangat-sangat. Indahnya Shah Alam ini, atau Selangor amnya, buminya subur dengan taman syurga yang segar. Dari alunan bacaan sang tahfiz berjubah dan berserban putih. Dengan taranum dan makhraj yang indah, berserta dengan penghayatan yang meruntun hati. Hinggalah teduhan sayap malaikat di taman-taman syurganya setiap hari. Pernah saya hikayatkan pada mama, untuk menggambarkan betapa indahnya taman syurga di sini, saya katakan bahawa," Biasa orang tanya malam ni nak tengok drama atau movie ape? Tapi kami di sana duk tanya malam ni nak kuliah di mana? Pilih je nak kuliah apa. Seksyen berapa. Surau ni hadis, surau tu feqah. Masjid ni pula tafsir. Seksyen ni imam Madinah. Yang tu Syeikh dari Gaza. Antara nak dengan tidak je..."
Saya pastikan akan merindukan suasana ini. "Eh, dekat Perak tu takde ke benda-benda gini?" Sedihnya untuk menjawab. Tapi itulah realitinya. Atau mungkin juga saya yang tidak ketemu. Kerana jika ada pun agak jauh sedikit dari rumah saya.
Berfikir dan terus berfikir, perancangan untuk survival iman dan istiqomah dengan jamaah. Moga Allah kuatkan saya untuk berusaha mencari. Atau lebih baik mungkin pencetus kepada perubahan. Do Not Let the Environment to effect you, but you should effect the environment.
only a creation created by the almighty creator
No comments:
Post a Comment