About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Friday, November 7, 2014

Meluah Perasaan

Ini adalah kesinambungan dari post saya di Facebook sebentar tadi.

Baik. Seperti dalam post sebentar tadi, saya nyatakan bahawa dalam perbualan kita seharian, kebanyakan yang kita bicarakan adalah mengenai orang lain. Samaada yang ada kaitan dengankita, mahupun yang tidak ada kena mengena dengan kita. Dan, kebanyakan pokok pembicaraan itu berkisar tentang rasa tidak puas hati kita kepada orang lain. A.K.A luahan perasaan kita tentang orang lain.

Dalam kebanyakan cerita kita itu, tentunya kitalah yang sentiasa menjadi mangsa keadaan. Saya katakan"kita", kerana termasuk diri saya sendiri. Kitalah yang ditindas, yang dianiaya dan sebagainya.

Tetapi, sedar atau tidak, dalam kita "meluahkan" ketidak puasan hati kita itu, kita sebenarnya telah pun MENGUMPAT? Apa itu mengumpat?

"Mengumpat itu adalah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya"
Hadis Riwayat Bukhari.

Baik...Salahkah kita ingin meluahkan kemarahan dan rasa sakit hati kita?

Jawapannya.... Tak salah...
Tapi..... Sebelum luah pada orang lain, cuba semak dulu beberapa perkara ini:

1) Sudahkah kita luahkan pada Allah?
Pernahkah kita meluahkan pada Allah tentang kezaliman atau musibah yang menimpa kita? Apabila kita lebih memilih untuk meluah pada manusia, seolah-olah kita tidakyakin yang Allah itu Maha Mendengar. Sedangkan Allah itulah sebaik-baik tempat mengadu.

2) Apakah perkara yang terjadi itu tiada langsung salah kita?
Seperti yang saya nyatakan tadi, sering kita meletakkkan diri kita sebagai mangsa keadaan. Di sini biasanya kita akan memperolehi dosa yang kedua; iaitu menokok tambah dan menyembunyikan kebenaran. Semestinya, dalam sesi luahan perasaan itu, kita hanya menceritakan perkara yang baik tentang dirikita, dan meletakkan semua kesalahan pada pihak satu lagi.Kerana kitakan mangsa keadaan.

3) Tujuan kita bercerita.
Adakah untuk mendapatkan nasihat?
Meminta pertolongan?
Atau sekadar untuk memburukkan pihak lain? Agar dia dijauhi dan disisihkan?
Atau sekadar untuk menagih simpati?
Hmmm... Fikir-fikirkan...

4) Orang yang mendengar juga berkongsi saham.
Dan akhirnya, anda juga telah menarik orang lain sama untuk menemani anda menikmati buffet daging mentah saudara anda itu.... Ish... ish...ish... Enakkan?

Jadi... berhati-hatilah ketika meluahkan perasaan. Kerana itulah pesan nabi,


dan lagi...


Semoga bermanfaat (^__^)



only a creation created by the almighty creator

Thursday, October 16, 2014

Doesn't Make You Any Better

Menunjuk kau buat baik
Tak bermakna kau lebih baik
Dengan kata aku salah
Tak makna kau sentiasa betul

Kau kata aku jahat
Tak sedar diri
Tak kenang budi
Dengan kata begitu
Kau tak banyak beza dengan aku
Kau sama saja dengan aku
Dengan kutuk sindir itu
Tak jadikan kau lebih baik dari aku

Kau kata aku angkuh
Segala mak nenek ego sombong
Aku lupa diri asal usul keluarga sendiri
Tak pernah hubungi tak nampak diri

Berapa kali kau hubungi aku?
Tanya khabar salam pesan?
Hanya kerana engkau tua aku muda?
Hanya aku yang perlu mendail sedang kau angkat sahaja?

Kau tunjuk kau prihatin
Yang bersarang dalam hati kau hanya Dia yang jadi hakim
Kalau betul kau ambil berat
Pernah kau tanya adakah aku sihat?
Pernah kau kira sama belanja dapur gula beras?
Kau kata aku senang punya suami yang mampu beri tanggungan
Pernah kami cerita berapa tanggungan berapa pula pendapatan?

Hanya kau punya masalah sedang aku senang lenang
Teruslah fikir begitu dan kita akan makin renggang
Aku tak sebaik engkau tapi aku tak susahkan orang
Dan aku takkan lupa
Saat kau menjadi keresahan orang
Kerana "kebaikan" yang kau pernah taburkan

Teruslah mencanang
Sedang aku hanya ingin hidup tenang
Aku bukan kau yang gila perhatian
Biar aku dibuang
Asal Dia tahu
Aku tak pernah lupa jalan pulang

only a creation created by the almighty creator

Friday, October 3, 2014

Tepi Sikit



They want me to be INDEPENDENT
But when I did....
They said that is ARROGANT




only a creation created by the almighty creator

Sunday, September 28, 2014

Sabar

Sabar itu indah.....
Kata Yaakub, tatkala buah hatinya hilang direnggut takdir
Diulangnya dua kali
Dalam tenggang waktu yang lama

Sabar itu untuk bertahan
Seperti Hajar mengendong Ismail
Kala Ibrahim menghilang di tengah gurun

Sabar itu...
Ikhtiar yang tiada putus..
Kala jalan lain tertutup..
Pejamkan mata..
Sesungguhnya Allah bersama
Jika kau tidak melihat jalan di hadapan
Maka
Satu-satunya yang Dia ingin kau lakukan
Adalah sabar
Kerna Dia bersama dengan orang yang sabar

Lawan amarah itu sabar
Jangan dilawan api dengan api
Sabar itu umpama air
Diam dalam tenang

Sabar bukan menyerah
Tapi mengambil masa sedikit
Menunggu arahan seterusnya dari Dia
Sabar itu seolah-olah berehat seketika
Sementara menunggu petunjuk seterusnya

Dalam sabar itu
Tundukkan wajahmu
Serulah namaNya
Wahai yang Maha Sabar
Pinjamkan daku sifat sabarMu....


only a creation created by the almighty creator

Thursday, September 25, 2014

New

There are a few new things that come in my life for the past few months. As was mentioned in the previous entry.... I have a new, partner cum new roommate...hehe... Alhamdulillah I got married to Mr Mohd Amirul on 1st August 2014 at my parent's residence in Tapah Road.  

Since, this new roommate got a new job in Singapore, so we have to move Johor Bahru. So here we are in a new town, which is way different compared to Shah Alam. Even thought there's a lot to be annoyed such as the traffic, but there are also many to be appreciate of. For example, the food. You know, tauhu bakar, otak-otak and intriguing curry laksa. And not to forget the friendly and helpful neighbors even tough majority of them are Chinese. 

And because of this moving things, I have to re-structure my position in Glokal Energizer. I have to do the marketing here and alone (T__T). Luckily, my brother cum my partner Mr. KAizan Nazlan offered me to make an e-book. The topic is about study tips for secondary students. Well, interesting job as I have experience in teaching. 

And also, my mentor, Mr Solhi Sharif offered our team to join his project in Selangor and Johor Bahru. Alhamdulillah Allah always give his sustenance unexpectedly.

So, I guess that's all for now. May all the new things happened will showered with bless by Allah.  


only a creation created by the almighty creator

Wednesday, September 24, 2014

Jawatan Dalam Hidup




"Penat tau jadi adik ni. Asyik kena dengar arahan je... Orang bukan nak dengar cakap kita pun," Adu saya kepada suami semasa kami berbual mengisi masa dalam perjalanan pulang ke Johor Bahru minggu lalu.

"Kalau kita bagi nasihat, diorang cakap kita suka tunjuk pandai. Kalau melawan kata kurang ajar... Haish... penat betul," Saya masih belum berhenti mengomel. Encik suami yang berada di sebelah hanya tersenyum membiarkan saya meluahkan perasaan. Orang perempuan ketika marah memang kurang akal. Nasiblah dapat isteri yang kuat membebel ini...

Setelah saya puas membebel, barulah En. Suami memulakan tazkirahnya. Katanya, " Awak tau tak dalam hidup ni, setiap orang tu memegang pelbagai jawatan dalam hidup. Jadi adik tu salah satu jawatan awak. Tapi awak sedar tak yang awak ada banyak lagi jawatan yang lagi besar dan lagi penting? Yang boleh bagi impak yang lebih besar pada orang lain?" Saya diam supaya bicaranya diteruskan.

"Contohnya yang paling mudah, jawatan awak sebagai blogger, trainer, teacher tu... semua tu jawatan yang penting dan bagi impak yang besar pada crowd awak. Orang mengharapkan sesuatu dari awak, inspirasi, motivasi dan mereka nak awak bantu mereka berubah. Jawatan awak ni sangat penting."

"Jadi, buat apa awak nak concern sangat dengan jawatan awak sebagai adik tu? Kalau sebagai adik orang tak nak dengar pendapat awak, tak respect awak, awak fokuslah pada jawatan lain yang lebih penting tu. Pada orang lain yang nak dengar cakap awak. Yang lebih perlukan awak."

Nafasnya dihela sebelum meneruskan bicara. Saya hanya membisu sambil cuba mencerna apa yang disampaikannya sebentar tadi... Dalam fikiran saya, mula menyetujui akan kata-katanya. Mengapa saya perlu bersedih dengan satu peranan dalam hidup sedangkan saya masih mempunyai peranan dan tanggung jawab. Bukan bermakna saya perlu megabaikan terus peranan tersebut. Tetapi, untuk terus memprotes dan bersedih tidak akan mengubah keadaan dan orang-orang yang terlibat. Bak kata guru saya, Tuan Solhi Sharif "Saya tiada masa untuk melayan oran yang tidak suka saya kerana saya sibuk melayan orang yang suka saya". Jadi, isilah peranan dalam jawatan yang kurang menyenangkan itu sekadar termampu. Selebihnya, serahkan sahaja kepada Allah sebagai penilai.

Kemudian, bicaranya disambung lagi, "Dan... awak tau tak apa jawatan awak yang paling penting sekarang?" Saya angkat kening kepadanya sambil menjawab, "Emmm... Hamba Allah?" Ketawanya terhambur sambil menggelengkan kepala. " Tu memanglah... Haish.. Ni yang lain. Hamba Allah tu betullah.. Yang tu kes lain." "Dah tu?? Ultimate position tu kan Hamba Allah la kan? Ada lagi ke yang lagi tinggi dari tu?" "Yang... Tu jawatan aak dengan Allah. Yang abang maksudkan jawatan awak dengan manusia ni...?" Senyum kelat terpamer di wajahnya." Tak tau la... apa dia?" saya mengalah... Menyerahkan kepadanya untuk menjaab soalan tersebut. "Awak.... Bidadari abang... Yang tu jawatan awak yang paling besar sekali... Yang orang lain tak boleh kata apa-apa. Tak boleh persoalkan pun..."

Dan ketika itu...saya rasa seolah-olah masa terhenti berdetik, dan jasad dicampak ke ruang vakum....


p/s
Foto di atas diambil di sini . Artikel yang bermanfaat untuk perkongsian bersama... Insyaallah...

only a creation created by the almighty creator

The Ultimate

Mr Zauji said:

The ultimate reason to forgive is because we want to enter the jannah. Grunge and hatred only delaying our hisab.

His friend, Mr Roy said:

The ultimate weapon for us to achieve everything we want is, doa

I said:

The ultimate position of human is as Abdi, which is mean slave or hamba. And Abdi here is of course the slave of Allah

And...as every should believe, which mentioned in the Quran the Most Ultimate of all in this world, is Allah.

P/s:
Simple entry based on simple but mid-blowing conversation with 4 glasses of water on the table in a very sweet evening.....


only a creation created by the almighty creator

Friday, September 19, 2014

Sketsa jodoh: Nak yang baik jeww...



Adik   :    Kakak.... lagu mana ni?

Kakak:    Hang ni awatnya? Macam orang meroyan ja...

Adik   :    Kawan-kawan batch adik sume dah kahwin..... huuuuuu..... Adik Sorang je tak kawin lagi...Boypren pun takde..... huk huk.... Nak kawin jugak.....Shreeeettt....

Kakak:    Laaaa.... Ingat hang fail final exam. Nak kahwin sangat? Setakat ni apa usaha hang dalam nak merealisasikan impian hang nak kahwin ni?

Adik   :   Amboi ayat... Haish... takkan adik pulak nak pi cari??? Bukan jodoh tu datang sendiri ka?

Kakak:   Dah tu, awat jodoh hang tak datang-datang lagi? Awat dia duk naik MH370 ka sampai la ni tak muncul-muncul?

Adik:      Ish, kak ni. Ada ka lagu pulak? La ni orang lelaki memilih sangat. Depa nak hat yang cerah, lawa,,kaya, seksi, kerja baguih. Saya ni biasa-biasa ja.... tu pasai susah nak dapat. huk huk huk...

Kakak :  Ooowwhh...Lagu tu ka? La ni hang habaq mai, lagu mana taste hang? Hang nak yang macam mana?

Adik    :   Haaa... Kalau adik kan... Adik nak yang putih, hencem, ada kerja tetap, ngaji sedap, bole jadi imam... pendek kata boleh membimbing adik ke syurga. Yang membahagiakan adik dunia akhirat.Orang kata apa? Forever till jannah gitu...

Kakak :   Ooowh...tang hang pandai nak yang boleh membimbing ke syurga... Boleh jadi imam konon...La ni hang habaq mai kat kak pagi tadi hang bangun tido pukui berapa? Bukan hang solat subuh combine sekali dengan zuhur ka? Bila last time hang baca Quran? Tu, baju hang yang menambun dekat sebulan tu bila nak basuh? Nak tunggu depa basuh sendiri ka? Hang masak nasi pun hangit. Masak ayarq pun kering. Duk demand nak hat yang boleh jadi imam segala. Pastu duk meroyan kata jodoh tak sampai. Kalau akak jadi jodoh tu, akak lari tak toleh belakang dah.

              Lagi satu, ada ka hang mintak kat Allah mudahkan jodoh hang?

Adik    :  Mesti la ada....isk isk...

Kakak :   Haaaa.... memang la ada... Hang doa kat mane? Kat facebook, kat twitter, kat wechat.... Bilanya Allah nak makbul??? Orang doanya la ataih sejadah. Bangun solat malam.... Buat solat hajat....

Adik    :    Huk...huk.... Nak Kahwiiiiinnn.... Shreeeet....shreeeeeeeettt....


Dear sis,

Tak susah nak cari jodoh sebenarnya. Kan Allah dah kata "Laki-laki yng baik untuk perempuan yang baik, perempuan yang untuk laki-laki yang baik pula," (An-Nur: 26).

So, usaha yang paling penting adalah dengan memperbaiki diri supaya jadi lebih baik. Sebagaimana kita mahu yang terbaik sebagai pasangan kita, dia juga tentu mahukan kita yang terbaik.

Maka,berusahalah untuk jadi lebih baik, moga akan dapat yang baik, semuanya akan baik-baik (^__^)



only a creation created by the almighty creator

Thursday, September 18, 2014

Cerita Hari Bahagia

  Tanggal 1 Ogos 2014, penantian selama 4 tahun itu berakhir. Maka bermulalah suatu perjalanan baru dalam kehidupan dua orang insan. Apabila pintu itu dibuka, maka dengan nama Allah yang Maha Penentu, yang telah menuliskan takdir kami dengan QalamNya di Lauh Mahfuz, yang telah , mencatat namanya sebagai orang yang memimpin tangan saya, maka kami melangkah memasuki pintu asing itu. Sama ada bersedia atau tidak, apa yang menanti disebalik pintu itu harus dihadapi......BERSAMA...

  Tiada lagi istilah 'one-man-show', kerana kini semua kita dan kami. Walau kebersamaan itu tidak sentiasa, dan kadang kala perpisahan itu tiba. Namun, walau jasad terpisah ruang dan waktu, hati sentiasa bersatu, dalam doa pada yang satu....

  1 Ogos 2014, detik transformasi dalam hidup. Walau ada yang hilang ketika itu, namun gantinya sesuatu yang terlalu istimewa. Ya... harganya mahal. Dibayar dengan air mata yang masih mengalir hingga ke hari ini. Namun, hadirnya dia, seolah-olah menggantikn segala yang hilang. Walau tak sama, tapi cukup untuk mengubat luka yang dalam. 

  Cerita bahagia ini, mungkin tak selamanya ceria. Tapi, walau mendung datang, badai menerjah, ingatlah, pelangi akan muncul selepas hujan. Dan sebelum cuaca itu berubah, langit itu penah cerah. Awan itu pernah redup meneduh lelah. Kerana Bahagia yang abadi, apabila dua jiwa disatukan, bersama menatap wajah yang Maha Indah, di singgahsana abadi. 



only a creation created by the almighty creator

Tuesday, June 3, 2014

Those people

Dear Faza,

We don't know how much time left for us in this world. Wether we still can see the sunrise tomorrow or the previous sunset is the last. We didn't know which deed is the most sincere, that will save us in the hereafter.

Faza, tiredness is just a mountain that we need to climb. Pain is just a bitter medicine that we need to swallow. Once it was overcome, there's no worries anymore.

Now, keep focus in giving. Entertain people who wants to listen. But keep praying for the ignorance.

Faza,

Whenever tiredness strikes you, remember about those people who will wait for the syafaat of the martyr. Remember about the hope of a mujahid who wants to meet his angle. Remember that this is the only path to be in jannah.

Dear Faza,

You have walked this far. At this moment, there's no meaning of giving up. Maybe you cannot run. But never stop walking. They are waiting for you...

only a creation created by the almighty creator

Thursday, March 27, 2014

Kepercayaan

Kepercayaan itu tidak dapat dipaksa. Ianya mungkin hadir setelah disusuli dengan hujah dan bukti yang sahih. Mungkin. Apatah lagi apabila pernah ada sejarah kegagalan.

Kegagalan itu adalah bukti ketidakmampuan seseorang dalam melakukan sesuatu. Adakah salah apabila kredibiliti diri diragui dan orang sekeliling hilang keyakinan berdasarkan bukti kegagalan masa lalu? Tidak. Itu hak mereka untuk tidak percaya dan tidak yakin. Walau mereka ingin mempercayainya. Tapi, tanpa hujah dan bukti yang mampu menyangkal, mereka tidak akan mampu untuk percaya.

Buktikan. Bahawa kegagalan itu tidak akan berulang lagi. Pendakian ini sukar, lebih sukar dari yang dulu. Mungkin berseorangan. Tapi yakinlah, Allah itu lebih dekat dari urat nadi. Teruskan mendaki. Puncak itu sedang menunggumu...

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, March 26, 2014

Pening

Sepertinya dia tidak bersetuju
Tetapi
Dia cuba berlapang dada
I'm sorry

only a creation created by the almighty creator

Friday, March 21, 2014

Pinjaman..

Ya Allah... Aku bermohon untuk meminjam hambaMu
Untuk menjadi teman, dalam mencari syurgaMu...
Dan kurniakanku kekuatan
Untuk menjaganya
Seumur hidupku...


only a creation created by the almighty creator

Friday, February 21, 2014

I can Almost See It....

Hari ke-20 bulan Februari. Bermakna bakal menginjak hari ke-51 untuk tahun 2014. Allahu Allah... Cepatkan masa terbang?

Saya masih lagi bertatih mengatur kehidupan. Rasa dalam hati sentiasa berbaur. Bersyukur, gembira, teruja, kerana insyaallah saya bakal bersara sebagai penganggur terhormat tidak lama lagi. Gementar, kerana bakal membuka pintu baru, bersendirian, di tempat yang agak asing. Sedikit sedih, kerana langkah ini kurang mendapat sokongan dari yang diharapkan. Dan sekali lagi gementar, kerana trauma dengan kegagalan masa lalu. Seperti orang yang pernah kemalangan, akan berpeluh dingin ketika kembali memegang steering.

Berbekal tawakkal dengan percaturan Allah, saya buka pintu ini. Terima kasih pada awan yang menyiram keyakinan. Walau kadangkala ia hilang, tapi selalu hadir kala diperlukan. Terima kasih kerana percaya, ketika yang lain ragu-ragu. Terima kasih kerana memahami bahawa pintu ini dekat dengan jiwa. Terima kasih, untuk segala yang tidak tertulis di sini.

Moga Allah redha dengan jalan ini........

"Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side..."

only a creation created by the almighty creator

Sunday, February 2, 2014

Bertahan

Jangan rebah
Walau rasa sangat lelah
Jika rebah
Yang lain akan turut lemah
Sekarang bukan lagi tentang diri sendiri
Sekarang dua jiwa dua hati dalam satu mimpi
Bukan lagi AKU
Tapi KITA

only a creation created by the almighty creator

Saturday, February 1, 2014

Tulang Ikan

Suhu 37 darjah, selsema, batuk dan sakit tekak. And, to make it worse, tercekik tulang ikan jelawat masa makan malam. Tekak yang dah memang perit mungkin luka.

Februari agak sibuk. Pulau Pinang dan Shah Alam berturut-turut. Moga Allah beri kekuatan untuk menyelesaikan semua urusan.

only a creation created by the almighty creator

Thursday, January 23, 2014

The 25th January 23rd

May the past 25 will be forgiven
And the coming days will be blessed
Thanks for all the wishes
Uttered or written
But
You wish it best
When you wish it in your prayer

VM13H HvNv5

only a creation created by the almighty creator

Sunday, January 19, 2014

Tarikh-tarikh penting UPU 2014 dah keluar...

Impian yang belum kesampaian...

only a creation created by the almighty creator

Friday, January 17, 2014

pisau

Pisau kalau lama tak diasah, akan tumpul. Lebih teruk mungkin berkarat.

Begitu juga dengan bakat atau kemahiran. Jika lama tidak digunakan, mungkin akan pudar, atau lama kelamaan hilang begitu sahaja....

Rindu untuk memberi...

only a creation created by the almighty creator

Followers