About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Tuesday, November 27, 2012

Email lama..

Saya menyelak email-email lama. Tiba-tiba ketemu dengan satu email yang pernah menguatkan jiwa saya. Mungkin penulisnya juga sudah lupa tentang coretannya dalam email ini. Saya kongsikan cebisan ini, kerana mungkin penulisnya akan ingat Atau, mungkin ianya dapat menguatkan jiwa orang lain yang membacanya. Terlebih lagi, sekadar kenangan untuk diri saya. Tentang sesuatu yang memberi makna dalam hidup saya.



jika seluruh gelombang kehidupan ini adalah racun.
maka gelombang di jalan juang adalah penawarnya,
jika kesakitan dunia adalah kifarah dosa,
maka kesakitan di jalan jihad adalah ganjaran pahalanya,
jika kasih sayang dunia sudah pudar dan tiada,
maka ingatlah kasih sayang ALLAH sentiasa bersama di dunia hingga ke syurga

kerana Dia memiliki sifat AR-RAHIM
Kasih sayangNya meliputi seluruhnya...

maka tadah tanganmu, merintih dan merayu kasihNya kerana di situ ada rahmat,
kerana pandanganNya akan jatuh pada hati-hati yang memohom pertolongan dari-Nya.


only a creation created by the almighty creator

Wednesday, November 21, 2012

Suffer..

The reason of my headache for the past few weeks had been found. The "old fan" had come back. And for sure he really miss me. For the way he acted on Monday. And the pain still suffering me. And I'm really weak to face it. Thank God I still have people in school who always with me. Along, Angah, Farah and Kak Yati who always be with me. And for sure I still have Allah, that never leave me alone. Who always send His servant to help me exactly when I need.

Couldn't bear the pain. But need to fight it. Last night, because of the pain, I recite this du'a again, and really hope Allah will grant it.

"Ya Allah, if death is good for me, then take me back to You in Khusnul Khatimah. But if live is good for me, then give me some strength to face this trial..."

only a creation created by the almighty creator

Tuesday, November 20, 2012

Kejahatan

Kejahatan itu bersarang dalam diriku
Pergilah......!
JANGAN GANGGU AKU!!!!!!!!!!1

only a creation created by the almighty creator

Friday, November 16, 2012

Bunga api di Gaza, dan Mafela dalam almari

Tidur ku sering terganggu sepanjang minggu ini. Bunyi letupan bunga api saban malam memecah kesunyian malam. Beberapa hari tidak bermuka buku, aku agak ketinggalan tentang perkembangan dunia semasa. Hinggalah suatu pagi rakan serumahku memanggilku untuk menatap komputer ribanya. "Gaza kena serang dengan Zionis. Mereka sambut awal Muharram dengan bedilan roket."

Allahurabbi....sekali lagi. Untuk entah kali ke berapa. Kami menatap kehancuran hadiah zionis laknatullah pada penduduk Gaza sempena awal Muharram. Tidak terkata.

Sesudah zuhur, aku bersiap-siap untuk suatu keperluan. Ketika aku membuka almari pakaianku, aku terpandang dua helai mafela Palestine yang ku beli beberapa tahun dulu. Terlipat kemas di celah-celah pakaianku yang lain. Aku termenung sejenak. Ku jamah helaian kain itu dengan tanganku. Inikah sahaja yang mampu ku lakukan untuk mereka? Hanya dengan membeli dan memakainya? Itu sahajakah? Mengangkat tangan dan berdoa? Itupun jika tiba-tiba teringat. Selebihnya, doa yang panjang berjela itu hanya untuk diriku sahaja. Tiba-tiba, aku rasa malu. Malu yang teramat malu.

Malamnya, aku masih ditemani dengan dentuman mercun dan bunga api. Hatiku baran tiba-tiba. Sejak dulu aku tidak menyukai apa sahaja jenis bahan letupan, baik mercun mahupun sekadar bunga api. Aku benci bunyi bising dan percikan api yang merbahaya itu. Dan aku semakin benci mengenangkan berapa ramai di luar sana yang ketawa dan bergembira dengan letupan dan percikan api itu. Sedang mereka lupa bahawa "bunga api" dan "mercun" di Gaza lebih hebat dan mengujakan berbanding yang sedang dibakar mereka.

Jika terlalu teruja dengan letupan, apa kata pergi sahaja ke Gaza. Bukan hanya serpihan "bunga api" dan "mercun" itu sahaja yang bersepah, malah daging dan tulang manusia juga turut berterbangan.....



only a creation created by the almighty creator

Tuesday, November 13, 2012

It's School Holiday!!! dan....durian..

Sekolah dah cuti. Tapi teacher tak cuti-cuti lagi. Kerja masih membukit di atas meja. Tersenyum baca entri Ustaz Hasrizal bila beliau suruh guru-guru bercuti. Terima kasih ustaz kerana menghargai kami guru-guru (^_^)

Mama di Perak dah buat ayat merajuk dah. "siapkan je la kerja-kerja tu. Kalau ade rezeki merasa la durian yang tak berapa nak ada ni." Huhuhu....Makan dalam ayat tu. Jawapan bila tanya tengah buat apa tu yang tak tahan, " Tengah mengacau kuah durian ni. Budak-budak ada balik ni ha..." Dan saya hanya mampu telan air liur sahaja di Shah Alam ni.

Kalau la buah durian dekat atas pokok tu boleh tunggu saya balik.....

only a creation created by the almighty creator

Wednesday, November 7, 2012

Sembuhkan Dia Ya Allah

Sahabat saya sedang bertarung nyawa di ICU HTAR hari ini. Dia dimasukkan ke  sana pagi tadi kerana komplikasi diabetik. Dan sekarang, sedang 'ditidurkan' oleh doktor.

Ya Allah, sembuhkanlah dia. Kami memerlukan dia untuk perjuangan ini. Senyumnya menghalau lelah. Cerianya mengusir resah. Kembalikan dia, Ya Allah. Ke sisi kami......

only a creation created by the almighty creator

Monday, November 5, 2012

Headache....


T: sakit kepala......
Ag: mandi la hujan lagi.
Dc: demam sikit. 37.1.
T: Klw sbb spec pun mgkn jgk kot.
Dc: Yea jgk. Power dah naik tu..
Ag: Makan ubat..
Dc: Macam mane nak bantu yea? Paracetamol x jalan?
T: Tak langsung
Dc: Biasa ambik ape kalau sakit kepala? Ponstan?
T: Dulu-dulu la...Sekarang takde dah. Sebab dah lame tak sakit macam ni. Kalau arcoxia bole tak untuk sakit kepala?
Dc: Aicoxia kuat sangat untuk sakit kepala (sambil check history ubat dulu-dulu). Meloxicom boleh untuk demam dengan sakit kepala tu. Ade lagi tak?
T: Ade...
Dc: ok. tak payah bagi la meloxicom tu. Try dulu tgk macam mana. Bagi ubat selsema in case kalau ada rase sinus tu terus makan. Bagi vitamin C jugak la.
T: ok...



Hmmm.....ubat lagi.....
only a creation created by the almighty creator

Friday, November 2, 2012

Kenangan



Ni lagu group usrah aku dulu. Bila dengar lagu teringat benda bodoh yang aku pernah buat satu ketika dulu. Dan yang for sure aku akan ingat dekat adik-beradik Harirul Jihadah.

Ingat macam mana Ida akan tepuk-tepuk bahu bila aku rasa nak mengalah, Killah akan tarik-tarik pipi aku bila dia geram dengan kecomelan aku (ok sila muntah sekarang), muka Midah yang takde perasaan bila buat lawak, Fifah yang sentiasa senyum, Kak Mizah comel, Kak Syidah yang sabar tapi selalunya sama naik je dengan adik-adik die, Fina yang suke senyum, Kak Nadiah yang akan jerit "hei" kat aku bila aku buat benda merapu, Adah miss komander yang ayu, and last but not least kakak naqibahku yang ayu, kak Amirah.

Ingat la macam mana melawan fasi kononnye tak nak masuk tasik sebab nanti basah, baju melekat kat badan, takut nampak aurat. Tapi last-last kena 'rendam' dengan air hujan. Lenjun dari hujung kepala sampai hujung kaki.

Serousely aku tengah rindu gila dengan kakak-kakak aku ni. Kesian diorang 3 tahun kena jaga adik bongsu yang macam-macam pe'el ni. Tapi sebab tu aku sayang diorang.

Kat luar tu hujan. Kak Yati tanya aku tadi, "Hujan ni. Faza nak balik macam mana?" Aku jawab senang je, "Hujan tu air je......"

only a creation created by the almighty creator

Thursday, November 1, 2012

Tegas

Hari ini sebetulnya mood saya baik-baik sahaja. Tidak pula saya berangin atau mendung walau Shah Alam basah sepanjang hari. Tapi, tanpa perancangan, saya terpaksa dihadapkan dengan 5 orang pelajar dengan pelbagai kesalahan. 3 perempuan dan 2 lelaki. Dan tentunya sebaik menerima 'anugerah' dari saya, mereka berlalu dengan hati yang mendongkol.

Saya tahu, rasa tidak puas hati yang tertanam di dalam hati mereka turut dikongsi bersama rakan-rakan mereka yang lain. "Teacher tidak adil", "Tau nak marah orang je" dan pelbagai lagi ayat-ayat yang sesuai dilabelkan kepada saya. Tapi, pada saya alah bisa tegal biasa. Adakah mana-mana GPK HEM yang tidak menerima gelaran-gelaran seperti itu?

Jika diberi pilihan, saya lebih suka menjadi naqibah dan teacher mereka sahaja. Sebaik menerima taklifan sebagai guru disiplin pada tahun lepas, saya sudah mengjangkakan perkara ini akan berlaku. Inilah antara cabaran-cabaran yang perlu saya hadapi. Dan apabila memikul taklifan sekarang, saya tahu bahawa ianya akan bertambah.

Setiap kali perlu bertegas dengan anak-anak, saya akan sedih. Sedih kerana saya akan menyakiti hati mereka. Pernah saya terfikir, tidak bolehkah jika saya tidak perlu memarahi atau menggunakan ketegasan? Menjadi seorang guru yang cool seperti watak-watak dalam karya Hilal Asyraf dalam cerpen Matahari? Mungkin kerana kelemahan saya yang masih cetek pengalaman dalam mengendalikan bakal-bakal pemimpin ini, menajdikan saya gagal untuk berbuat demikian.

Setiap kali saya memarahi atau bertegas dengan mereka, saya akan berasa sangat sedih. Setiap kali mereka melakukan kesalahan, saya merasa gagal sebagai seorang pendidik. Dan apabila dilabel dengan gelaran-gelaran sedemikian, saya jadi mati kata-kata. Sedih yang kadangkala menerbitkan rasa putus asa. Kala yang lain pula, saya terfikir, mengapa saya perlu terlalu mengambil berat tentang sahsiah dan akhlak mereka? Tidak bolehkah saya menjadi seperti sesetengah guru yang hanya menghabiskan silibus di dalam kelas dan mengejar gred yang baik untuk pelajar? Tapi, hati kecil saya membantah. Katanya, " TeacherFaza bukan guru yang seperti itu."

Buat anak-anak yang tersayang, kalian akan dewasa. Akan punya anak-anak. Malah akan punya para pelajar yang ingin menumpang ilmu kalian. Sampai satu masa, kalian akan faham, apa yang cuba teacher sampaikan. Uhibbukum fillah, jiddan-jiddan.

Menjadi pendidik itu payah, kerana mendidik itu kerja nabi.....

only a creation created by the almighty creator

Followers