Beberapa hari yang lalu saya mendapat perkhabaran akan kemalangan yang menimpa seorang sahabat alumni. Dalam kemalangan itu, isteri kepada sahabat tersebut yang juga ahli Alumni telah meninggal dunia. Di bawah ini adalah coretan salah seorang sahabat yang rapat dengan mereka berdua. Sayu hati saya tatkala menatap coretan ini. Terasa begitu berharganya nilai ukhuwwah fillah yang disemai selama ini...
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar sahabat semua?Moga kalian sentiasa dalam lindungan Allah dan sentiasa dikurniakan nikmat Istiqamah dalam dakapan jamaah insya'h...
Lately ana agak kesuntukan masa untuk berkomunikasi di medan cyber. Tengah dok berkira2 nak menyempurnakan kertas kerja Sukaneka PASTI Kawasan yang kali ni ana di amanahkan untuk menjadi Pengarah program. Tengah dok berkira2 juga nak menyiapkan bahan untuk di jadikan isi dalam sesi perbahasan bagi mewakili Pemuda Tapah dalam Mesyuarat Agung Tahunan DPPN Perak Ahad ini...dan berkira2 juga nak selesaikan beberapa hal dalam UPU dan MTD yang perlu submit segera terutama dalam urusan culaan dan rangka Program pecutan akhir sebelum PRU-13 yang dijangka akhir Bulan May depan bagi memenangi N47 DUN Air Kuning...
Namun 2-3 hari kebelakangan ini fikiran ana agak terkesan dengan peristiwa menyayat hati yang semua telah maklum telah menimpa sahabat seusrah, sahabat setarbiah, sahabat sejamaah..yang sama2 telah kita 'ribat' memaut erat lengan betapa taat setianya kita pada jamaah dan kepimpinannya...kini segalanya tinggal KENANGAN...
Coretan kali ni 'tribute' khas untuk sahabiah kita semua yang telah pun menunaikan janjinya untuk menghadap Ilahi...Nurhana Nuruddin yang kita semua sayang kerana Allah taala...juga buat Wan Bak yang didoakan tabah menghadapi ujian dan sedang dalam sesi 'interview' dengan Allah yang kita yakin akan diangkat darjatnya setaraf dengan hamba2 Allah yang sabar dalam mendepani musibah kesedihan...beliau kini telah berpisah dengan insan tersayang, teman hidup, kesayangan hati dan ibu buat 2 anak perempuannya yang masih kecil...buat selamanya.........
Aduh..terasa bebola mata ana di saat ini berkaca2...perlahan dada berombak menahan sebak...namun akan kuteruskan jua gerak jari jemari ini menari-nari melampiaskan apa jua yang sedang membeliti hati...
18 April 2012
Ana dikejutkan dengan panggilan telefon dari Imam sekitar jam 10.30pg..kali kedua baru ana angkat sebab tengah bermesyuarat lantas memaklumkan bahawa Nurhana dan Wan bak kemalangan jalan raya dan dengan nada menahan sebak sahabatku jauh diseberang laut memberitahu Nurhana meninggal dunia...
Allahuakbar!Innalillah wa inna ilaihi roji'un...
Hilang mood bekerja pagi tu...ana sempat menghubungi beberapa sahabat di sekitar KL minta pengesahan kejadian malang tersebut...tak sempat share dengan zaujah..
Waktu keluar lunch baru memaklumkan berita sedih ini...apa lagi, berjujuran air mata zaujah ana apabila mendapat tahu berita ini...apatah lagi mengenangkan 2 orang anak beliau yang hampir baya dengan anak2 kami...walaupun zaujah ana baru mengenali Nurhana dalam beberapa program alumni sebelum ini...namun kemesraan itu rupanya sedang kembang membunga...sayang telah berpaut...ukhuwwah telah bertaut...
Kami ambil emergency leave 2nd half, angkut Ain di PASTI, balik rumah dan bersiap2 segera...singgah rumah pengasuh dan ambil Hannan...berbekalkan GPS ana menuju ke HUKM dengan emosi yang bercampur baur...kami dalam kereta langsung tak berbicara kerana masing2 melayan perasaan...terkadang zaujahku menangis sambil erat memeluk 2 anak kami...ana tahu apa yang ada dalam fikirannya.. namun ana biarkan dia melayan perasaannya...
Hujan agak lebat mengiringi kami ke kota KL...
Sampai di HUKM sekitar jam 4ptg, Halim Zaki, Nazri dan Jaliah, adik kandung dan adik ipar Wan Bak sudah ada di ruang menunggu...masing2 dengan wajah sugul..
Ana masuk ke dalam wad...Kaki kirinya berbalut..Wan Bak diziarahi rakan2 sekerjanya...terus mengalir air mata..perlahan..tak tertahan2 lagi......cepat ana kawal emosi supaya tak dapat di kesan Wan Bak...
Aduhai...betapa tenangnya wajah Wan Bak...serasa macam tiada apa yang berlaku...betapa hebat dan tabah beliau berhadapan dengan semua ini...betapa kuat beliau menyembunyikan emosinya...cuma mukanya berkeriut2 menahan sakit...
Wan Bak dengan nada perlahan, menahan kesakitan cuba berbicara...
"Tahun ni baru kami naik motor...sebelum ni kami naik kereta..." Alllahuakbar....
Cepat2 ana yakinkan Wan Bak bahawa ini semua kerja dan ketetapan Allah...siapalah kita untuk menidakkannya...minta Wan Bak sabar mendepani ujian Alllah taala ini...ana sentuh perlahan tangannya dan ana usap lembut jari2nya...tanda sokongan ana dan sahabat2 lain bersama2nya menghadapi musibah kesedihan ini...
Tak mampu tertahan lagi...ana mohon diri keluar sekejap...
Ana dimaklumkan oleh sahabat2 yang ada bahawa jenazah arwah dalam perjalanan ke Felda Jelai, Gemas sekitar jam 3ptg...memang dah pasang niat tadi, kalau jenazah belum di bawa pergi ketika kami sampai HUKM, pasti ana sekeluarga akan mengiringi jenazah...Felda Jelai tak asing sangat bagi ana sebab adik ipar ana pun org Jelai, dan pernah beberapa kali ke sana...memang agak jauh..namun Allah tak mengizinkan...
Ustaz Fazzly Yatim sampai, ajak ikut beliau dan beberapa org sahabat ke Jelai...ana tolak sebab mengenangkan jam sudah ke angka 6ptg..agak lewat...tambahan pula Hannan tak berapa sihat, dah start buat perangai...
Sebelum bergerak pulang, sekali lagi ana ambil kesempatan untuk berjumpa dengan Wan Bak...sempat meniupkan sedikit kata2 semangat, yang ana pun tak pasti adakah ana boleh jadi setabah beliau???sempat juga mengucup dahinya..tanpa disedari jatuh juga setitis air mata ke pipinya...
Betapa sayangnya ana pada enta Wan Bak...selain sahabat seusrah, sejamaah...beliau sahabat yang sama meminati team Man.U dengan ana...pernah sama2 mari lambat usrah Ust.Yus hanya sebab singgah kedai Astro tengok bola(sekali ngan Wan Den...) kalau Man.U main Champion League 2-3 pagi, pasti Wan Bak akan update goal2 dan beri ulasan permainan(sekali ngan Wan Den)...kalau Arsenal kalah, kami pakat2 hantar SMS kutuk kat Imam(pun sekali ngan Wan Den)...betapa eratnya kami dalam minat yang sama...
Beberapa hari sebelum kejadian...tiba2 ana terkenangkan Wan Bak, kenapa dah lama beliau tak update game dengan ana...Allah gerakkan hati ana teringatkan beliau...rupa2nya....
Mengimbau kenangan bersama arwah...
Satu peristiwa yang tak bisa ana padamkan dari ingatan memori ini ialah apabila kita bermuktamar JIK di Semarak Resort...masihkah kalian ingat?
Kalau tak salah, sesi petang ana di minta jadi Pengerusi Tetap muktamar tersebut...oleh kerana muktamar sudah hampir sampai ke penghujung, kita teruskan juga walaupun telah melewati waktu Asar...
Tak semena2, Nurhana bangkit dari kerusi perwakilan dan mencapai microfon sambil suaranya tersekat menahan sebak..apa hal pulak si Nurhana menangis ni? kata hati kecilku..
Rupanya arwah minta muktamar ditangguhkan seketika bagi semua perwakilan menunaikan solat Asar..siap bagi tazkirah lagi dengan teresak2 menangis sedih...adui, terkena batang hidung Pengerusi Tetap (ana ler tu...). Oleh kerana salah seorang perwakilan menangis minta ditangguhkan maka, ana pun tangguhkan seketika walaupun muktamar dah nak habis sangat dah dan bukannya dah nak luput waktu Asar pun...
Seriuosly...peristiwa inilah yang kekal terpahat di sanubari...betapa beliau seorang yang taat kepada agama TANPA KOMROMI...
Dan lepas tu, sempat juga makan masa berminggu2 jugalah bait2 kata arwah Nurhana yang sedang menangis teresak2 minta tangguh muktamar jadi bahan gurauan muslimin ketika itu...mengajuk cara arwah bercakap...(moga Allah mengampunkan dosa2 kita semua)
Nurhana seorang yang lembut hatinya...mudah sangat menagis. Jangan cerita perkara yang sedih2...insya'h berair lah matanya kelak...Kalau ada program motivasi, kalau ana diminta berlakon babak sedih...yang ana takut bukan peserta yang menangis tapi takut Fasilitator (arwah Nurhana) pulak yang lebih2 menangis...
Ana juga difahamkan, kalau anak2 mereka menangis di waktu malam, arwah tak izin Wan Bak bangun...bahkan Wan Bak di suruh tidur sahaja biar arwah yang uruskan...betapa hebatnya peribadi seorang zaujah yang solehah...
Pernah kami sekeluarga menziarahi rumah mereka di Kajang seusai menghadiri walimah Ustaz Fazzly Yatim di Cheras beberapa tahun lepas bersama beberapa keluarga sahabat2 yang lain...tak menang tangan arwah melayani kunjungan kami yang tak dirancang...
Dan kali terakhir kami berjumpa dengan arwah ialah ketika Program reunion Alumni di salah satu resort di Gombak...Allahuakbar tak mampu nak cerita panjang...
Cukuplah buat kali ini...
Insya'h...ana sekeluarga akan arrange masa untuk melawat Wan Bak dan anak2 beliau di Sabak Bernam...bagi memberi sokongan dan semangat...kalau ada lagi rombongan yang nak menziarahi Wan Bak tolong calling2 ana sama...(rombongan Mustazam tak sampai ke destinasi Sabtu lepas akibat kemalangan jalan raya di Tg.Malim)
Anak2 beliau yang telah kehilangan ibu yang penyayang buat selama2nya...anak kedua beliau pasti hanya akan kenal wajah ibunya melalui gambar2 kenangan...anak sulungnya akan membesar tanpa belaian kasih seorang ibu...mendodoikannya tidur...menyuapkannya makan...menyiapkan makan pakainya...
Bagaimana agaknya jika ujian ini dibebankan ke atas kita???Tak kuat rasanya ya Allah...untuk aku melalui semua ini...
Peristiwa ini telah memberi kesan yang mendalam ke atas kami sekeluarga...
Arwah Nurhana telah pergi berjumpa dengan Penciptanya...
beruntunglah beliau kerana pergi dengan redha seorang suami...
beruntunglah beliau kerana pergi dalam keadaan istiqamah dengan amal Islami,bersama jamaah Islam dan Kepimpinannya...
Bagaimana pula pengakhiran kita kelak???
Takziah buat Sahabatku Ridzwan Misran...moga dikau tabah dan thabat dalam menempuhi ujian Allah taala ini...
Wassalam.
Sahabat kalian,
Abu NurAinHannan
Bidor, Perak
only a creation created by the almighty creator