About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Friday, March 30, 2012

saya

Maaf kiranya entry ini tiada mukadimah. Agak berbelit dan tersirat walau hakikatnya ingin berterus terang dalam menyatakan yang tersurat. Tetapi semakin terbelit dan berselirat. Entahlah.

Dalam seminggu ini saya banyak bermasalah dengan manusia. Kata bijak pandai, hubungan dengan manusia itu tamsilan hubungan kita dengan Allah. Jadi saya simpulkan, masalah saya dengan manusia ketika ini adalah kerana saya bermasalah dengan Allah.

Saya kepenatan. Kelelahan. Minggu yang sarat dengan kejutan dan perkara di luar dugaan. Keserabutan yang seringnya memeningkan, dan kadangkala menjengkelkan. Dan rasa jengkel itu kadangkala diluahkan dengan kata-kata mahupun tulisan. Secara tidak sengaja, pada tempat, masa dan keadaan yang tidak sepatutnya. Dan terkesan pada mereka yang mengocak air yang sudah sedia keruh. Menambah retak pada hati yang sedia rapuh.

Kata mereka, jiwa yang cekal itu, tersenyum dalam duka, tawa dalam resah. Mereka yang hebat itu, mampu menggembirakan yang lain, walau hatinya dalam gundah dan walang. Saya bukan jiwa yang cekal itu, bukan juga mereka yang hebat itu. Ketika ini, saya ingin menjadi saya, mengaku bahawa saya hanyalah saya, yang biasa-biasa dan bukan seorang yang super dalam semua perkara.

Hanya seorang manusia biasa, bukan google atau wikipedia yang tahu semua perkara, bukan super woman yang gagah perkasa.

Jangan berharap terlalu banyak, kerana saya letih dengan harapan.

only a creation created by the almighty creator

No comments:

Followers