About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Saturday, January 7, 2012

They who stand by you

Biasa dengarkan orang kata hidup ini adalah perjuangan. Dan perjuangan sememangnya akan menuntut pengorbanan. Jangan diharap akan hamparan mawar merah yang akan mewangikan trek perjalanan itu. Setiap orang ada jalan juang masing-masing. Dan untuk meneruskan hidup itu sendiri adalah satu perjuangan. Kadangkala kita akan jatuh dan tersungkur. Sakit sehingga rasa tidak ingin bangun semula. Takut untuk sakit buat kesekian kalinya. Tiba-tiba, semasa kita sedang menangisi kesakitan itu, ada orang yang sanggup berhenti seketika semata-mata untuk membantu kita untuk bangun semula. Orang itu telah mengorbankan masa dan tenaganya semata-mata untuk melihat kita bangkit dan terus berlari. Dan dia juga sanggup untuk menemani di sepanjang perjalanan itu. Sanggup memperlahankan langkahnya supaya dapat seiring dengan kita. Tetapi, apa akan jadi sekiranya kita terus mengalah? Ingin terus duduk di situ hanya kerana takut jatuh dan sakit buat kesekian kalinya? Pasti dia akan kecewa dan mungkin juga akan turut lemah seperti kita. Jadi, berusahalah untuk terus bangkit. Hargailah pengorbanan dan susah payahnya untuk membantu kita dalam perjuangan ini. Kerana kita tidak tahu, sekiranya dia kecewa dan berlalu meninggalkan kita, akan adakah orang lain yang akan sanggup untuk membantu kita.

"Appreciate who ever willing to stand besides you, As they are the precious gives Allah ever sent to you"


No comments:

Followers