Sebuah hadis yang yang agak panjang yang diriwayatkan oleh At-Thabrani dari Ummu Salamah r.a ada menceritakan:
Suatu hari Ummu Salamah bertanya kepada Rasulullah
“Ya Rasulullah, beritahu saya mana yang lebih utama, wanita dunia atau bidadari?”
Baginda bersabda : “Bahkan wanita dunia lebih utama daripada bidadari, seperti lebih utamanya zahir atas batin.”
Saya bertanya : “Ya Rasulullah, kerana apa?”
Baginda menjawab : “Kerana solat, puasa, ibadah mereka kepada Allah. Allah s.w.t. memberi cahaya pada wajah mereka, dan memakai sutera pada tubuh mereka. Warna kulit mereka putih, pakaian mereka hijau, perhiasan mereka kuning, tempat menyimpan mereka mutiara, dan sisir mereka emas. Mereka berkata, ‘Kami adalah wanita-wanita abadi, tidak akan mati.Kami adalah wanita-wanita bahagia, tidak akan miskin selama-lamanya. Kami adalah wanita penduduk tetap, tidak akan pindah selama-lamanya. Ketahuilah, kami adalah wanita-wanita yang telah redha, tidak akan marah selama-lamanya. Berbahagialah orang yang menjadi milik kami dan kami menjadi miliknya.”
Check-list
Di mana tarafmu sekarang?
Mampukah kamu tergolong dalam mereka yang disabdakan nabi itu?
Apa usahamu setakat ini ke arah itu?
Akan bahagiakah orang yang menjadi milik kamu dan kamu menjadi miliknya?
Wahai diri
Masih belum terlambat untuk berusaha
Pesan nabi,
Jika ditanganmu ada benih
maka tanamlah ia walaupun esok kiamat akan tiba.
Jadi tunggu apa lagi wahai diri?
Cukupkan segera apa yang kurang
Tampalkan segera apa yang koyak
baiki segera apa yang rosak
kerana
Ada yang sedang menanti
Bidadarinya menjelma di dunia ini.....
Sanah Helwah....
No comments:
Post a Comment