About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Thursday, September 29, 2011

Nak pergi jalan-jalan (^_^)

Salam to all...

Best tak tajuk kat atas ni? Siapa tak suka jalan-jalan cuba angkat tangan. Siapa nak ikut jom angkat beg.Hehehe...sebenarnya malam esok saya akan berangkat ke Kedah untuk rombongan sekolah Sri Pintar. Matlamat utama adalah untuk melawat pusat-pusat pengajian Islam di sana. Tapi matlamat yang lebih utama dari itu adalah untuk jalan menghilangkan stress seluruh warga sekolah sebelum kembali berjuang untuk peperiksaan pertengahan tahun. Balik sahaja dari lawatan ini nanti semua akan semakin sibuk terutama guru untuk menyiapkan kertas soalan dan para pelajar tentunya perlu bersedia untuk peperiksaan.

Ni teacher nak pesan sikit kat all my student (gaya diorang baca je entry ni...) study molek-molek deh. Penat tau bersengkang mata nak buat kertas soalan. Takut susah sangat la, senang sangat la, macam-macam tau. Korang lepas exam boleh rehat goyang kaki. Nak ponteng sekolah ikut suka hati tapi kami cikgu-cikgu ni nak kena buat analisis bagai, ready untuk BKM lagi. Kalau result flying colours best la nak buat analisis tapi kalau color nye merah sokmo nak tengok pun tak lalu.

And mungkin sebab ni jugak la mudir kami yang baik hati ni sanggup minta carikan orang lain untuk jaga student sepanjang kat sana. Cikgu-cikgu memang makan angin je. Tapi kita tengok je la nanti, silap-silap yang nak tidur dengan teacher pun ada (pengalaman sebelum ni la).

Pape pun yang paling best adalah dapat ingat balik nostalgia zaman diploma. And dapat melawat makam Allahyarham Ustaz Fadhil Noor, ulama yang dimuliakan Allah dengan menghantar awan untuk memayungi jenazahnya. Semoga saya akan memperoleh sesuatu daripada perjalanan ini insyaallah.

Monday, September 26, 2011

Polemik Hudud

Ramai betul yang memberikan respon tentang isu hukum hudud yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan negeri Kelantan. Saya ada beberapa pendapat yang ingin diutarakan dalam isu ini.

1. Ramai yang mengatakan bahawa hukum hudud tidak sesuai dijalankan di Malaysia kerana negara ini merupakan negara majmuk yang terdiri daripada rakyat berbilang bangsa dan agama. Ada juga yang memberikan pendapat bahawa majmuk di zaman Rasulullah tidak sama dengan suasana majmuk pada masa kini. Pada pendapat saya, masyarakat majmuk bukanlah isu utama. Tetapi, untuk memahamkan masyarakat majmuk itu tentang kepentingan hudud itu serta mencari jalan menyesuaikan hukum hudud itu dengan waqi' masa kini, itu yang lebih utama.

2. Masyarakat bukan Islam akan takut untuk masuk Islam kerana Hudud. Ini pada saya adalah pendapat yang sangat dangkal, menggambarkan betapa ironinya pemikiran individu terbabit. Orang bukan Islam takut pada Hudud kerana mereka tidak ada gambaran sebenar tentang perlaksanaan hukuman tersebut. Yang perlu kita sebagai orang Islam lakukan adalah menerangkan secara terperinci kepada mereka tentang gambaran sebenar hukuman tersebut. Hudud bukan sekadar potong tangan, rejam dan sebagainya. Ia melalui proses penyiasatan dan perbicaraan yang teliti dan panjang. Dan yang paling penting, matlamatnya bukan semata-mata untuk menghukum, tetapi untuk menginsafkan dan memberi pengajaran, bukan sahaja kepada pesalah tetapi juga kepada masyarakat. Selain itu, ia juga akan memberikan keadilan yang sewajarnya kepada semua pihak. Jika masyarakat bukan Islam boleh mempercayai sistem perbankan Islam sebagai alternatif yang lebih baik dari sistem konvensional, maka, apakah mustahil untuk mereka menerima Hudud sebagai penyelesai masalah jenayah dan sosial yang kian meruncing.

3. Hudud tidak diperlukan pada masa kini kerana Malaysia masih aman. Ini adalah pendapat yang paling...... (maaf) BENGONG!!!. Siapa kata Malaysia aman sejahtera??? Sedangkan makan di kedai mamak pun boleh dirompak. Motorsikal yang dirantai dikunci pun boelh dikebas orang, itu yang dikatakan selamat?

4. Rusuhan di Britain bukti kegagalan sistem kapitalis. Ini merupakan pendapat yang diutarakan oleh pakar penganalisis antarabangsa. Kegagalan sistem-sistem ciptaan manusia bermula dari sistem komunis di Rusia hinggalah rusuhan di Britain baru-baru ini menunjukkan bahawa sistem-sistem ini tidak lagi relevan. Maka, satu-satunya alternatif yang kita ada adalah kembali kepada cara hidup Islam yang syumul dan menepati fitrah sejagat ini.

Isu utamanya kini adalah tentang penerimaan masyarakat non-muslim terhadap hudud dan implikasinya kepada mereka. Suka saya mengimbas kembali tentangf tragedi 11/9. Pada ketika itu ramai yang menganggap masyarakat non-muslim akan memandang serong kepada Islam seterusnya menimbulkan istilah Islamophobia. Tetapi, sebaliknya yang berlaku. Semakin ramai warga Eropah yang memeluk Islam selepas tragedi 11/9. Persepsi itu bukan wujud kerana keadaan, tetapi berdasarkan sudut pandang dan cara penilaian.

Hai Ahli Kitab, sesungguhnya telah datang kepadamu Rasul Kami, menjelaskan kepadamu banyak dari isi Al Kitab yang kamu sembunyikan, dan banyak (pula yang) dibiarkannya. Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah, dan kitab yang menerangkan.Dengan kitab itulah Allah menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan keselamatan, dan (dengan kitab itu pula) Allah mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gulita kepada cahaya yang terang benderang dengan seizin-Nya, dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus.

QS Al-Maidah 15-16

Cinta



Jika kita bercinta dengan manusia, bersedialah untuk kecewa. Kerana manusia itu penuh dengan kelemahan dan kekurangannya. Tetapi, jika kita bercinta denganNya, kita tidak akan pernah kecewa. Kerana, Dia tiada kekurangan.Jika kita berkasih dengan manusia, bersedialah untuk berkongsi. Kerana, pasti ada orang lain yang mengharapkan kasihnya, samaada keluarganya, sahabatnya, atau, orang lain yang tidak kita harapkan kehadirannya. Tetapi, jika kita berkasih denganNya, kita takkan pernah merasa berkongsi. Kerana, kasihNya maha adil dan saksama. Jika kita mengharap sayang dari si dia, kita perlu memberi sebelum menerima. Tetapi, jika kita mengharapkan sayangNya, kita hanya perlu menjadi peminta, kerana Dia maha Pemberi segalanya. Jika kita mohon difahami olehnya, mungkin dia sukar memahami kita, kerana ilmunya terbatas sekadarnya. Tetapi, jika dengan Dia, kita pasti difahamiNya. Kerana Dia lebih tahu apa keperluan kita. Jika kita mengadu pada dia dan mereka, sampai satu masa, mereka pasti bosan akhirnya. Tapi, baiknya Dia, Dia takkan bosan mendengar rayuan kita. Malah, sering kali kita yang berputus asa dengan rahmatNya.

Tiada percintaan yang paling bahagia, selain bercinta denganNya


Friday, September 23, 2011

labah-labah dah buat sarang...

Salam satu ummah

Lama juga saya tak update blog ini. Bukan tiada masa tapi tiada idea. Bak kata encik Memali yang lebih kurang begini bunyinya, jangan bagi idea sampah. Jadi, bagi mengelakkan saya 'mengsampahkan' idea atau memberi anda idea-idea sampah, lebih baik saya tak menulis apa-apa buat masa sekarang. Cuma saya agak sakit mata apabila melihat blog ini seolah-olah seperti rumah tak berpenghuni.

Jadii saya upgradelah sikit-sikit, "here and there" mana yang patut. Contohnya saya dah pun mengimport satu link blog dari seberang, blog akhi Dodi Hidayatullah, anak kepada seorang aktivits PKS di Indonesia. Seorang penasyid, komposer dan seorang pendakwah yang berasal dari Bandung. Mengenali beliau apabila membaca novel Stanza Cinta, (yang jadi drama kat TV3 tu tapi versi novel jauh lebih menarik). Beliau menyanyikan lagu untuk novel tersebut. Kerana merasakan seolah-olah ada kaitan antara watak Taufiq dengan penyanyi lagu tersebut maka saya search di internet siapa sebenarnya saudara Dodi ni. Maka inilah hasilnya. Saya ada meninggalkan komen di blog beliau tentang salah satu artikelnya. Jika nak tahu, carilah sendiri ya (^_^)....

Sebenarnya buat masa ini saya lebih minat membaca dari menulis. Lebih untuk mengumpul bahan yang bermanfaat untuk diri sendiri dan mungkin barulah boleh dikongsikan dengan orang lain. Sebab lain adalah kerana saya rasa saya perlukan pentarbiahan diri yang lebih mantap. Sebetulnya hati saya sarat dengan rasa marah dalam beberapa hari ini. Jadi, saya tidak mahu tulisan saya dipengaruhi dengan nuansa negatif hati saya. Dan kerana itu juga saya perlukan sesuatu untuk menenangkan diri sendiri terlebih dahulu. Mungkin cuti selama 2 hari ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk bermuhasabah dan memperbetulkan diri. Seinfinit maaf saya pohonkan jika nuansa hati saya ini terbias diwajah atau tindakan saya, terutama kepada penghuni Raudhatul Solehah yang saya sayangi.

Setakat ini dulu untuk petang ini. Panjang juga entry nya walau niat asalnya tidak mahu menulis panjang.

Sirru a'la barokatillah untuk semua.....

Monday, September 12, 2011

kisah Sahabat: Abu Bakar As-Siddiq

Hari ini saya ingin menghikayatkan satu kisah tentang seorang sahabat Rasulullah yang sangat terkenal, yang diberikan gelaran As-Siddiq, bermaksud 'yang membenarkan' kerana beliau membenarkan segala yang diberitakan oleh Rasulullah. Kisah ini saya dengar dari siaran IKIM.fm semasa di dalam kerata. Jadi mungkin ada fakta yang tertinggal sebab sudah agak lama juga ia berlalu. Tiba-tiba teringat dan rasa perlu untuk dikongsikan kerana saya percaya ramai yang tidak tahu tentang sirah ini.

Pada zaman arab jahiliyyah, ada seorang lelaki yang bernama Abu Quhafah. Abu Quhafah ini merupakan seorang pemuka Quraisy yang disegani. Malangnya, setelah sekian lama berkahwin dia masih tidak mempunyai anak. Isterinya telah banyak kali melahirkan tetapi kesemua anak-anaknya meninggal dunia tidak berapa lama setelah dilahirkan. Hinggalah pada suatu hari isterinya mengandung buat kesekian kalinya. Abu Quahafah berasa sangat cemas kerana bimbang jika anak yang dikandung isterinya itu meninggal dunia seperti anak-anaknya yang lain. 

Abu Quhafah telah bernazar di kepada tuhan Kaabah untuk menamakan anaknya Abdul Kaabah (Hamba kepada Kaabah) sekiranya anaknya itu selamat dilahirkan. Ketika waktu isterinya hampir bersalin, Abu Quhafah hanya duduk bertafakur di sisi Kaabah sepanjang masa. Sehinggalah datang pembantunya memberitahu bahawa isterinya telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangat sihat. Dengan rasa yang bercampu baur Abu Quhafah pulang ke rumah lalu mendapatkan isterinya. Dengan senyuman isterinya menunjukkan ke arah bayi lelaki. Abu Quhafah sangat gembira dengan kelahiran itu. Dia memberitahu isterinya bahawa dia telah bernazar untuk menamakan anak mereka sebagai Abdul Kaabah.

Sebelum kelahiran Abdul Kaabah, Abu Quhafah selalu diejek oleh pemuka Quraisy yang lain kerana gagal menunjukkan kelelakiannya. 

Selang beberapa tahun, Abdul Kaabah telah menjadi seorang kanak-kanak yang luar biasa kecerdasannya. Sangat pintar dan akhlaknya sangat baik. Abdul Kaabah mendapat beberapa gelaran antaranya A'tiq. 

Satu keriasauan yang menerjah hati Abu Quhafah adalah kerana A'tiq tidak mahu menyembah tuhan berhala sejak dari kecil lagi. Dia sentiasa bertanya kepada bapanya mengapa perlu disembah patung batu yang tidak mampu memberi manfaat atau mudharat kepada manusia. A'tiq selalu mempertikaikan perbuatan menyembah berhala yang menjadi anutan dan tradisi oleh masyarakat arab pada ketika itu.

Ketika zaman remajanya, A'tiq tidak bergaul bersama dengan remaja-remaja arab yang lain. Dia tidak suka bergaul dengan wanita dan tidak suka beradu kekuatan seperti halnya pemuda yang lain pada waktu tersebut. Dia lebih suka menghabiskan masanya bersama sahabat baiknya, Muhammad bin Abdullah, seorang anak yatim piatu. Oleh itu, A'tiq selalu dicemuh oleh kaumnya kerana tidak mahu menyembah berhala dan tidak menunjukkan sifat kelelakiannya.Satu hari, dia telah dimalukan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab di pasar tetapi dibela oleh ayahnya sehingga kedua-dua pemuka Quraisy itu terdiam. 

Ketika sahabat karibnya, Muhammad bin Abdullah ditabalkan sebagai rasul, dia Abdul Kaabah, yang kini dikenali sebagai Abu Bakar merupakan antara orang pertama yang membenarkan seruan baginda. Dia membenarkan segala seruan Rasulullah sehingga digelar As-Siddiq. 

Inilah sedikit perkongsian yang sempat saya coretka di sini. mungkin ada yang tetinggal. Diharap jika ada antara sahabat yang mempunyi maklumat tambahan boelhlah untuk dikongsi bersama.

Sunday, September 11, 2011

Perjuanganku yang seterusnya.........kuatkan kami Ya Allah...



Sedang "beribut otak" bersama sahabat-sahabat Aisyah Humaira Publication untuk perancangan masa depan dan saat ini sedang bergadang menyiapkan kerja-kerja penterjemahan. Semoga secebis usaha yang dilakukan untuk memastikan kelangsungan survival dakwah Islamiah ini diterima di sisi Allah s.w.t. 

"teruslah bergerak hingga kelelahan itu lelah mengikuti mu,
teruslah berlari hingga keletihan itu letih bersamamu,
teruslah bertahan hingga kefuturan itu futur menyertaimu,
tetaplah berjaga hingga kelesuan itu lesu menemanimu."

Menjadi Generasi tangguh
Maukuf Al-Masykuri



Nantikan hasil terjemahan karya bermutu ini di Malaysia
terbitan: Aisyah Humaira Publication

Friday, September 9, 2011

Cukai Baru....Undilah Barisan Nyanyuk


Barisan Nyanyuk tak habis-habis nak "mentekedarah" duit rakyat. Terbaru, cukai 6 % untuk pembenlian kad prabayar dan kad SIM. Sepatutnya mangkuk-mangkuk ni dah tau yang oarng yang pakai prabayar ni orang yang berpendapatan rendah, kalau duit baik banyak baik pakai post paid je. Cukup bulan bayar. Tapi Sungguhlah depa ne nyanyuk and no otak. 

Nak buat mendenye cukai banyak-banyak? Untuk pembangunan negara la konon....Kalau betul-betl duit tu semua guna untuk pembangunan negara, takde nye wujud rancangan "Bersamamu" segala bagai kat TV tu. 

Perangai mangkuk-mangkuk ne tak ubah macam karakter Professor Klon dalam cerita Cicakman. Dia buat penyakit, dia jugak yang buat ubatnya. Lepas tu semua orang kata dia hero penyelamat. 



Mode: HANGIN!!!!

Thursday, September 8, 2011

Secebis kisah semalam



Semalam saya mendengar suatu kisah baitul muslim yang sangat terkesan di hati.Kisah bagaimana seorang muslimin yang mengkhitbah seorang muslimat yang lebih berusia darinya semata-mata untuk memastikan muslimat tersebut istiqamah berjuang dalam jemaah Islam. "Ana akan berkecimpung sepenuh masa dengan jamaah. Enti sanggup bersuamikan amilin sepenuh masa?" begitulah kata muslimin tersebut. Anda tahu apa jawapan sang ukhti? Jawabnya; "mengapa tidak diajak ana sekali?" Subhanallah.....begitu bersemangat mereka untuk berjuang.

Yang muslimin, sanggup mengenepikan soal perbezaan umur sedangkan muslimat itu lebih berusia darinya. Yang muslimat pula, sanggup menerima seorang amilin sepenuh masa, malah, turut menyatakan kesediaannya untuk turut berjuang.

Subhanallah....hanya itu yang mampu saya katakan untuk kisah ini....
Sedikit perkongsian ringkas untuk yang masih tertanya-tanya tentang calon pilihan hati.......

Wednesday, September 7, 2011

Something New.....suke3 (^_^)

Jumpa satu blog yang menarik semalam. Thanks to Kak Haslina (^_^)

By the way this is the link for the blog. Maybe some of you have already found this blog. Such a creative blogger  I can say. May we can share some from Izzat Ghazali thoughts to complete our syllabus of life



Sirah Tidak Bernoktakh

Followers