Saya masih lagi bertatih mengatur kehidupan. Rasa dalam hati sentiasa berbaur. Bersyukur, gembira, teruja, kerana insyaallah saya bakal bersara sebagai penganggur terhormat tidak lama lagi. Gementar, kerana bakal membuka pintu baru, bersendirian, di tempat yang agak asing. Sedikit sedih, kerana langkah ini kurang mendapat sokongan dari yang diharapkan. Dan sekali lagi gementar, kerana trauma dengan kegagalan masa lalu. Seperti orang yang pernah kemalangan, akan berpeluh dingin ketika kembali memegang steering.
Berbekal tawakkal dengan percaturan Allah, saya buka pintu ini. Terima kasih pada awan yang menyiram keyakinan. Walau kadangkala ia hilang, tapi selalu hadir kala diperlukan. Terima kasih kerana percaya, ketika yang lain ragu-ragu. Terima kasih kerana memahami bahawa pintu ini dekat dengan jiwa. Terima kasih, untuk segala yang tidak tertulis di sini.
Moga Allah redha dengan jalan ini........
"Ain't about how fast I get there,
Ain't about what's waiting on the other side..."
only a creation created by the almighty creator