23 Januari datang lagi. Seperti tahun-tahun yang lalu juga. Saya tak pernah merasakan hari lahir itu sesuatu yang istimewa. Melainkan peringatan bahawa umur kita semakin singkat dan ajal kita semakin dekat, masa semakin suntuk untuk roh dijemput izrail. Jarang sekali saya mengucapkan selamat hari lahir kepada orang lain, (mungkin kerana saya sukar mengingat tarikh lahir orang lain), dan begitu juga saya tidak mengharapkan ucapan dari orang lain.
Coretan ini sekadar peringatan. Usia yang bertambah, bagaimana dengan hitungan amal? Timbunan dosa? Mana yang lebih tinggi? Cukupkah bekalan amal di dunia? Untuk di bawa ke liang lahad pada bila-bila masa? 24 tahun, bukan terlalu muda untuk Izrail memberi salam. Tidak juga tua untuk selesa dengan amal yang ada.
Kerana saya tidak tahu bila ia datang, maka bersedialah pada bila-bila masa. Andai masa tiba untuk saya meninggalkan dunia, maka semoga saya pergi dalam pembebasan dari hutang dan dosa.
Mati itu pasti......
Sanah Helwa, for the apples of my eyes.....
No comments:
Post a Comment