About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Tuesday, May 24, 2011

Sastera....bukan sekadar mengisi masa


Baru menghadam post terbaru dari Aidil Khalid. Tatkala membaca tulisan penulis muda ini, semangat saya untuk menulis (sesuatu yang bermanfaat tentunya) berkobar-kobar.Minat nampak? Ada sesiapa yang sukar bernafas ke sekarang??? Saya mudah tertarik kepada penulis muda yang mindanya segar. Pendapatnya bebas dari kekangan ideologi yang didoktrin oleh puak-puak tertentu. Yang punya stail dan perspektif tersendiri. Lontaran idea mereka bukan dari acuan atau saduran yang bersifat rigid. Yang paling penting, tulisan mereka dari hati, yang disusun dengan madah yang indah (pehal koya ngat nih???) 

Ini adalah list penulis muda (tidak termasuk ustaz-ustaz penulis buku haraki yang wajib dibaca) yang saya minati setakat ini. Mereka ini mempunyai ciri-ciri yang saya nyatakan tadi.

1) Imaen - Sigaraning - Jemari Seni 
2) Hlovate - Aa + Bb, 5 Tahun 5 Bulan - Jemari Seni
3) Aidil Khalid - belum pernah baca novelnya, Bila Nysrah Kata Tak Mahu - Jemari Seni
                       - tapi mengikuti blog beliau - Secawan Kopi - Aidil Khalid
4) Hilal Asyraf - Fanzuru - Galeri Ilmu 


Meraka ini inspirasi saya. Saya ingin menjadi lebih baik dari mereka suatu hari nanti. Menulis kisah masyarakat untuk memperbaiki keadaan masyarakat. Membaca karya mereka, saya rasa segar dan santai. Dalam masa yang sama, mengkaji persoalan dan isu yang bersifat realistik dan dekat dengan masyarakat. Saya pernah meminati karya penulis thriller yang sangat laris kerana menampilkan watak-watak yang ideal dan bersifat hampir sempurna. Tetapi lama kelamaan saya bosan dan jemu. Benak saya mengatakan bahawa hampir mustahil untuk bertemu dengan figura sesempurna itu di alam realiti masa kini. Pada saya, watak Ali Imran dalam Sigaraning lebih realistik dan dekat dengan masyarakat berbanding watak jelmaan Hang Tuah yang tidak wujud di alam nyata. 

Novel dan karya adalah salah satu cara untuk saya mengembara tanpa perlu keluar dari rumah. Untuk mengenal adat dan budaya, resam dan tamadun sesuatu bangsa. Jika isinya terlalu padat dengan konflik dan sengketa semata-mata, tepu dengan hikayat cinta yang terlalu mengada-ngada, tidak ketemu akan seninya. 

Sekarang saya memahami mengapa, saya masih memburu karya Buya Hamka yang masyhur, "Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck", walau sudah lebih 70 tahun karya itu lahir di tengah masyarakat Nusantara. Dalam menghayati bait-bait romantis percintaan Zainuddin dan Hayati, masih tergambar betapa indahnya desa Batipuh. Pertembungan antara adat dan sifat kemanusiaan, membuatkan alis mata berkerut menanti ke hujung cerita. Pada saya, karya agung ini cukup segalanya. Romantis tapi beradab. Sinis tapi halus. 

Sastera, bukan sekadar mengisi masa.......

Saturday, May 21, 2011

buat mereka yang masih menanti.....


Penantian itu satu ujian...
Menguji sejauh mana keikhlasan..
Dalam mencari cinta sejati..
Yang menjadi wasilah cinta buat Ilahi....
Jangan ditangis hadirnya sepi....
Kerna cinta yang agung..
Hanya padaNya...
Ilahi Rabbi



My heart in pain............

Monday, May 16, 2011

Bekerja untuk Islam


Alhamdulilah...akhirnya blogger aktif semula. Miss this page very much. Leaving internet for a few days (2 hari je kot) I kinda lost a lot. 

Ingin menghikayatkan sebuah kisah dari kehidupan seorang teman. Mungkin pada orang lain kisahnya biasa sahaja tetapi bagi saya, jika saya berada di tempatnya, belum tentu saya mampu menjadi seperti dirinya. Sahabat saya ini memiliki ijazah yang boleh beliau gunakan untuk mendapatkan kerja yang lumayan. Tetapi, cintanya pada perjuangan menyebabkan beliau lebih rela bekerja di sebuah agensi kerajaan tempatan yang gajinya sekitar RM700-RM900 sebulan, semata-mata untuk memudahkan urusan jemaah. Memang beliau terfkir untuk mencari pekerjaan yang lain tetapi beliau khuatir tiada siapa yang sanggup menggantikan tempat beliau di situ. Dan jika beliau ingin menukar kerja sekalipun, beliau akan memastikan pekerjaan tersebut membolehkan beliau bergerak sepenuh masa dengan kerja Islam. Siapa diantara kita yang sanggup mengorbankan peluang pekerjaan bergaji beribu-ribu ringgit semata-mata untuk bergerak sepenuh masa dengan kerja Islam? Jika ada pun, berapa kerat agaknya? 

Dalam keadaan sibuk menguruskan perkahwinan, tuntutan perjuangan tidak juga surut. Bermotosikal menjelang subuh sudah jadi kebiasan baginya. Dan untuk pengetahuan pembaca, sahabat saya ini adalah seorang muslimat. Di sini juga, ingin saya kongsikan pengalaman menemani dan membantu beliau untuk program baru-baru ini. AJK program hanya dua orang sahaja pada mulanya iaitu beliau dan seorang sahabat muslimin. Bayangkan, beliaulah yang mengambil peserta, menjadi moderator, menguruskan makanan, mencari dan menghubungin penceramah dan fasilitator, pendek kata segala-galanya. Bukan beliau tiada meminta pertolongan sahabat-sahabat tetapi malangnya mesej yang dihantar hanya di pandang sepi. Mujurlah ada sahabat-sahabat yang di linkkan oleh JPMLN turun membantu sebagai fasilitator. Ditambah dengan kehadiran saya dan seorang lagi sahabat muslimat untuk membantu dari aspek teknikal pada hari pertama. Tetapi pada hari kedua, tenaga penggerak kemali berkurang kepada 6 orang sahaja dan untuk teknikal hanya tinggal saya seorang.

Alhamdulillah program berjalan lancar. Tetapi, pada sebelah malamya pula berlangsung program lain di tempat tersebut, dan beliau dikehendaki menyediakan makanan dan tempat program. Beliau dimaklumkan pada pukul 5 petang sedang program akan berlangsung pada jam 8 malam. Maka melilaulah kami mencari makanan menaiki kereta yang dipinjamkan seorang sahabat untuk program sebelum itu dari satu seksyen ke satu seksyen. Akhirnya makanan sempat dihidangkan sebaik sahaja acara tamat. Sekali lagi pertolongan Allah memihak kepada kami. Selesai program, Dewan ditinggalkan dalam keadaan yang agak menyedihkan, yang sudah pasti perlu dibereskan oleh beliau. Kemudian, kira-kira pukul 12.30 malam, kami terpaksa pula menghantar kereta yang di pinjam itu kepada tuannya dan mengambil motorsikal beliau yang ditinggalkan kepada tuan kereta. 

Sekali lagi ujian Allah menjengah kami. Dalam perjalanan pulang, di tengah-tengah lebuh raya kira-kira pada jam 1.00 pagi, tayar motorsikal pula bocor dan kami hampir terbabas. Kami terpaksa menuntun motorsikal tersebut, berpatah balik ke Petronas berhampiran, kira-kira lebih dari 1 Km. Dalam keadaan yang letih, mata yang mengantuk, hanya tawakkal pada Allah dan signboard Petronas itu yang menjadi penguat kami. "takpe, dah dekat dah," walaupun kami terpaksa berhenti sebanyak tiga kali untuk mengambil nafas. Sepanjang perjalanan beliau asyik memohon maaf. Kira-kira 100 meter dari Petronas tersebut, kami bertemu dengan seorang mekanik yang menwarkan bantuan. Alhamdulillah, walaupun terpaksa membayar RM30 dengan alasan sudah lewat, sekurang-kurangnya kami tidak perlu menunggu lama di situ, atau menyusahkan orang lain untuk mengambil kami. Dan kami sampai ke rumah dalam pukul 2.00 pagi. 

Mungkin kisah ini tidak sehebat kisah pejuang-pejuang yang mendekam di penjara, diseksa dan sebagainya. Tetapi, cuba bandingkan dengan keadaan diri kita. Adakah kita sudah cukup bersusah payah dalam perjuangan Islam? Adakah kita sanggup mengorbankan gaji yang lumayan, keselesaan dan kemewahan hidup semata-mata untuk perjuangan Islam? Benar, jihad ekonomi juga penting, tapi, jika semua orang berfikiran seperti itu, siapa yang akan menjadi penggerak (amilin) untuk menggerakkan perjuangan Islam? Dan adakah kita pasti kemewahan itu tidak akan melalaikan kita? 

Islam tidak akan rugi tanpa kita, tetapi, siapalah kita tanpa Islam.....

Wednesday, May 11, 2011

Ibrah itu perlu dicari

"Budak ni kalau dia tengok tikar, dia tak nampak tikar. Dia nampak benda lain", Lebih kuirang beginilah ayat yang diutarakan oleh seorang kakak apabila saya mengulas tentang suatu perkara (yang tidak lagi saya ingat apakah ia) beberapa waktu dahulu. "Dia ni, kalau explain mesti panjang lebar", kata ukhti yang lain pula. "awak ni, bahasa berbunga sangat, suka pakai analogi. Straight to the point je tak boleh?"

Err...salah ke apa yang saya buat? Maksud saya adakah cara saya (berdasarkan komen di atas) adalah satu perkara yang negatif?

Sikap saya yang sebenar adalah saya suka mengkaji. Dan apa yang kaji dan saya perhatikan itu akan saya kaitkan dengan kehidupan saya, agama saya, kerja harian saya dan apa sahaja yang sesuai untuk dikaitkan. Dan, satu lagi sikap saya, saya suka berkongsi apa yang saya tahu. Terutama jika ia berguna kepada orang lain. Sebagai contoh, dengan sedikit ilmu berkaitan perabot dan perkayuan, saya suka berkongsi tips berkenaan kualiti dan jenis-jenis kayu, supaya rakan-rakan saya tidak tertipu dengan auta tauke kedai perabot. Dan pada saya juga, ilmu bukan hanya berguna ketika di dewan peperiksaan. Manfaatnya menjangkaui lebih dari itu.

Saya agak mengagumi saudara Hilal Asyraf (langit ilahi) kerana gaya dakwahnya yang banyak dipetik melalui pengalaman kehidupannya sendiri. Dengan skill penulisannya yang sangat baik, setiap ibrah dan pengajaran dari kisah-kisah yang dihikayatkan, berjaya dihadam oleh pembaca.

Seperti seorang perisik yang perlu mahir membaca suasana, seorang daie' perlu bijak menganalisa dan memanipulasi suasana di sekelilingnya. Carilah nota-nota untuk silibus pelajaran kehidupan disekeliling kita. Mungkin ada formula penting yang sangat berguna dari sehelai daun yang gugur ke tanah, atau dari sebiji batu di tepi jalan.



  1. Allah-lah yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arsy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan(mu) dengan Rabbmu. (QS. 13:2)
  2. Dan Dialah Rabb yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan 765, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS. 13:3)
  3. Dan di bumi ini terdapat bagian-bagian yang berdampingan, dan kebun-kebun anggur, tanaman-tanaman dan pohon korma yang bercabang, disirami dengan air yang sama. Kami melebihkan sebagian tanam-tanaman itu atas sebagian yang lain tentang rasanya. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir. (QS. 13:4)

Sunday, May 8, 2011

Changes

Wahh...lay out dah tukar.....mengikut perubahan mood kot. Nampak macam lebih cool (pada pendapat saya la). Tapi boleh juga nak kata sebab dengki tengok lay out Haslina Hashim yang berbunga-bunga tu.....


What ever it is, everything need changes. Mengikut waqi' dan keperluan. Boleh juga dianggap sebagai satu penafian kepada dakwaan sesetengah pihak bahwa aya sedang stress. See even the lay out is cool what? (It's sounds manglish right??).


Tak kisah la...just hope to continue writing. Take the good and leave the jerk..


Wassalam



Saturday, May 7, 2011

Osama, Yusuf Qardhawi, dan Kerajaan Malaysia

Kata Najib, keamanan dunia amat diharapkan selepas berita kematian Osama.

Kata TGNA,  Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?Kata TGNA sebelum tu, Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika.




Kata saya, orang yang tidak tahu membezakan antara penggaganas dan pembela keamanan adalah orang yang jahil tentang maksud keamanan itu sendiri. 


Kata JAIS, Wahabi dan Syiah itu sesat, dan wajar dibendung. 


Tapi, saya pula nak tanya, Kristianisasi, Freemansonary tu tak sesat ke? Tak perlu bendung ke?




Yang saya nak kata lagi, musuh kita yang sebenar, yang dikatakan pengganas, yang sepatutnya dilawan, dibendung dan segala macam "di" lagi, bukan Osama, bukan Al-Qaeda, bukan Syiah, bukan Wahabi, bukan Hamas dan apa sahaja gerakan yang membawa Islam. Walau apa pun nama mereka, mazhab mereka, uslub perjuangan mereka, selagi mana mereka membawa nama Allah, menjunjung Islam, mempertahankan Islam, selagi itu mereka saudara kita yang wajib kita sokong. 


Musuh kita yang sebenar, mereka yang menyerang negara Islam, menyekat kebebasan kita beramal dengan Islam, menentang hukum Islam, menyebarkan fahaman yang bertentangan dengan Islam. Itu yang wajib kita lawan, kita perangi. Bukannya sokong mereka semata-mata nak selamatkan kedudukan sendiri. 


Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai- Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. (TQS. al-Mâidah [5]: 54)

quit relief

The insomnia had become better
Nuna's engagement gone smoothly
That "thing" almost gone
what else ha????/
Kak Bi wedding preparation....hmmm
Kakak2 punye FYP dah nak settle...so the tension air is almost gone.......


ade lagi kot tapi tak terlistkan.....
tipu la kalau nak kate semua dah settle...
tapi agak lega terutama bile dah tak mampu berjaga sampai pukul 4 pagi....yang mane sebelum ni tak boleh nak tentukan yang saya ni manusia normal atau tidak Sampai housemate menggelarkan saya dengan nocturnal human (maksud nocturnal adalah makhluk berjaga malam i.e kelawar)....

what ever it is.....Alhamdulillah for the relief


Followers