About Me

My photo
shah alam, selangor, Malaysia
seorang manusia biasa, yang berusaha membuat sesuatu yang laur biasa. seorang pelari yang sedang berlari di sebuah trek kehidupan. aku mungkin tidak mampu menjulang senjata, menyumbang emas permata. namun yang ku tahu aku ingin mati sebagai pejuang agama, dalam tekad untuk memburu redhaNya

Wednesday, February 16, 2011

kesihatan yang macam graf Bursa Malaysia

Keadaan kesihatan saya kembali merosot. Setiap hari badan rasa sentiasa lemah. Sampaikan pelajar saya turut komen kerana mata saya kelihatan lebam (eye bag la tu). Saya agak risau dengan keadaan ini kerana ianya sedikit sebanyak mengganggu fokus saya ketika mengajar. Selalu keletihan dan yang paling teruk pagi tadi saya terpaksa untuk tidak menghadiri program yang agak penting kerana tidak mampu untuk bangun. Tetapi alhamdulillah keadaan saya beransur baik pada petangnya. Dan saya masih menunggang motorsikal dan mengajar seperti biasa walau pandangan agak berpinar dan kurang fokus. 

Sedikit lagi perkongsian. Pada minggu lepas, saya pergi menjalani pemeriksaan mata dengan tujuan untuk membuat cermin mata yang baru. Tetapi alhamdulillah pemeriksaan yang lebih terperinci dilakukan termasuk fokus, kesihatan mata dan sebagainya. Dukacitanya saya dimaklumkan berdasarkan pemeriksaan itu bahwa mata saya bukanlah terlalu rabun, tetapi terdapat abnormaliti yang mungkin disebabkan gangguan saraf yang berpunca dari masalah tulang belakang saya. Kerana itu saya tidak dapat melihat dengan jelas. Dan saya juga sepatutnya perlu datang semula untuk pemeriksaan yang lebih lanjut tetapi saya berasa agak bimbang untuk mengetahui keputusan yang sebenar. Saya agak takut sekiranya sesuatu yang lebih teruk terpaksa saya hadapi. Terlalu banyak andaian yang berlegar difikiran saya ketika ini. It's like the scoliosis had really effect my nerve system. Even sometimes my hands shaking without any reasons. 

Jika anda menghadapi masalah penglihatan dan anda rasa kaca mata tidak dapat membantu anda, maka saya sarankan untuk anda mendapatkan pemeriksaan lanjut secepat mungkin. 

Mohon doa untuk kesihatan saya agar lebih baik. 

MUSLIM PERLU KUAT
MUSLIM PERLU GAGAH

"MARI BERUBAH UNTUK JADI YANG LEBIH BAIK"
JAGA DIRI, KESIHATAN, MAKAN MINUM DAN KEBAJIKAN

"Sesungguhnya muslim yang kuat lebih disukai Allah berbanding muslim yang lemah"

2 comments:

MemaLI said...

ada jinnn sedang gentayangan

hanya hamba said...

x habih2 jin die....

Followers